Elfira Loy Sentiasa Bahagiakan Ibu Bapa, Dedah Pernah Terfikir Penat Jadi Tunjang Utama – ‘Saya Kerja Dari Umur 12 Tahun’

Shopee Sale


Pelakon Elfira Loy syukur dijemput oleh Kerajaan Saudi untuk menunaikan ibadah Haji secara percuma.

Rahsia tuhan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkongsi pengalaman sepanjang berada di Tanah Suci.

Layanan sangatlah terbaik.

Paling best dapat pengalaman tengok macam mana mereka handle dan monitor semua jemaah.

Makanan setiap hari bertukar-tukar dan best. Tak lalu pun nak makan sebab rasa tak layak dapat layanan macam ini.

Orang kata waktu Haji dapat mandi toilet bersih memang rezeki terbesar. Happy sangat sebab tak pernah terfikir pun akan dapat semua ini.

Ujarnya, dia bersyukur dengan rezeki yang diaturkan buatnya.

Sepanjang hidup saya, saya selalu dahulukan orang lain. Pernah terfikir penatnya kena jadi tunjang utama.

Saya pujuk hati, nanti di syurga dapat yang best InsyaAllah.

Tapi tak sangka di dunia pun Allah dah bagi. Memang hadiah paling terbaik.

Gembirakan ibu bapa

Berkongsi lebih lanjut, Elfira bercita-cita untuk menunaikan Haji bersama ibunya namun kos melebihi kemampuannya.

Namun demikian, ibu kepada dua orang anak ini dikurniakan rezeki yang lebih besar buatnya.

Saya tak lahir dari golongan orang kaya. Senang tu Alhamdulillah Allah bagi senang.

Saya doa dari kecil nak buat Haji dengan Mama. Dan mestilah nak berikan pakej yang terbaik tapi harganya sangat tinggi.

Jadi, kita hantar Mama dulu. Tapi tak sangka Allah nak makbulkan dapat buat pergi Haji dengan Mama tanpa bayar satu sen pun.

Dalam pada itu, Elfira berkata, rahsia disebalik rezeki yang tidak disangka adalah dengan membahagiakan kedua ibu bapa.

MENARIK:  Azan & Mode Ruffedge Tak Setuju Promoter Tuding Jari Pada Artis – ‘Kita Ada Peranan Masing-Masing, Jangan Campur Aduk’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular