Elly Mazlein Bergerak Sendiri, Tidak Terikat Dengan Mana-Mana Pengurusan

Shopee Sale


Penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein memberitahu dia tidak akan menolak rezeki sekiranya diberi peluang mengendalikan program hiburan terkemuka, Melodi.

Ramai yang sebut nama saya

Menerusi temu bual bersama Elly Mazlein berkata, setakat ini dia tidak menerima sebarang tawaran untuk mengendalikan program tersebut.

Tambah Elly, dia sedar ramai yang mahu melihatnya beraksi sebagai pengacara Melodi selepas membuat kemunculan sebagai pengacara jemputan, sebelum ini.

Sekiranya diberi peluang dan semuanya okay serta ada rezeki, Insya-Allah, saya tidak menolaknya. Saya sedar ramai yang cakap nama disebut-sebut tetapi buat masa ini, saya tidak terima sebarang tawaran pun lagi.

Sekarang ini memang musim program Melodi mengambil pengacara jemputan dan saya antara artis yang diundang untuk menjadi pengacara bersama hos Ain Edruce selama dua minggu sebelum ini.

Disoal mengenai pihak pengurusan pula, Elly memberitahu dia tidak lagi bernaung di bawah saluran Astro sejak awal tahun ini.

Kontrak bersama pengurusan Astro selama setahun sudah berakhir. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pengurusan dan memilih untuk bergerak sendiri bersama ‘team’ sejak awal tahun ini.

Pada masa sama, saya juga tidak akan lupakan jasa baik pihak Astro dan kalau ada tawaran untuk projek tertentu saya akan pertimbangkannya.

MENARIK:  ‘Apa Sahaja Kempen Yang Diterima, Saya & Suami Akan Semak Dahulu Jenama Itu Diboikot Atau Tidak’ – Maryam Younaree

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular