‘Enigma’ Cinta Tragis Dua Darjat Bob Yusof

Shopee Sale


Nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tempatan, Bob Yusof atau senang dikenali sebagai Bob Mesra kini tampil dengan single terbaharu yang berjudul‘Enigma’.

Runut bunyi Dua Darjat

Single ini merupakan single pertama beliau bersama Alternate Records yang menjadi lagu runut bunyi bagi drama Dua Darjat menerusi slot Akasia yang sedang ditayangkan di TV3. Saksikan Dua Darjat setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton.

Memulakan kariernya melalui satu pertandingan realiti televisyen, Bob terkenal dengan kekuatan vokalnya dalam membawakan lagu-lagu balada dan etnik. ‘Enigma’ menandakan kembalinya Bob Yusof mengubat hati peminat yang rindukan keunikan suaranya.

Lagu ini merupakan buah tangan kedua Bob Yusof selepas kolaborasi pertama bersama Alternate Records bagi lagu Tera Tari yang dijayakan bersama artis Singapura.

Lagu hasil ciptaan oleh Ikhwan Fatanna & Wan Saleh dan lirik ditulis sendiri oleh Ikhwan Fatanna, lagu ‘Enigma’adalah sebuah balada yang sarat dengan emosi dan keindahan melodi yang mengiringi jalan cerita drama Dua Darjat.

Lebih dari sekadar lagu tema biasa, ’Enigma’menjelma menjadi narator kisah cinta tragis yang terjalin di antara dua insan yang terhalang oleh jurang perbezaan status. Disebalik alunan melodinya yang mendayu, Bob berjaya membawa pendengar menyelami pergolakkan hati dari impak buruk yang timbul dari rasa mudah mengalah dalam percintaan.

Genre balada yang diibaratkan seperti makanan kepada Bob Yusof, menjadi pilihan komposer dan penulis lirik, Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh. Kolaborasi ini yang telah lama dinantikan oleh kedua-duanya, akhirnya  berjaya ditunaikan oleh Ikhwan Fatanna dengan sentuhan magis kepada lirik dan melodi yang mampu menggetarkan jiwa pendengar.

Lagu ini bukan sahaja memenuhi harapan Bob Yusof, tetapi juga memperkukuhkan lagi reputasi beliau sebagai penyanyi balada terkemuka dalam industri muzik tempatan. Bob meluahkan rasa teruja yang luar biasa setelah mendengar demo lagu ‘Enigma’ buat pertama kalinya.

Lagu ini benar-benar “wow” kerana susunan melodinya penuh dengan cabaran. Sesi rakaman hanya mengambil masa dua jam berkat kerjasama dan saling bertukar idea untuk memperindah karya ini. Pengalaman bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh juga amat  menyeronokkan.

Banyak ilmu dan idea baharu yang dapat saya pelajari dari mereka. Jika diberi peluang lagi, saya pasti akan bekerjasama dengan gabungan dan berharap dapat menyanyikan lebih banyak lagu ciptaan mereka.

Harapan saya sangat tinggi agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat dan dapat pergi jauh, tersenarai dalam carta-carta muzik, stesen radio di Malaysia, Singapura, Brunei, malah Indonesia, dan mungkin layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL).

Kepada peminat, dengarkanlah lagu ini kerana ia berbeza daripada lagu-lagu saya sebelum ini. Dari segi susunan muzik, ia sangat segar dan mudah didengar.

Keterujaan Bob semakin bertambah apabila mendapat sokongan dan pujian dari rakan-rakan artis seperti Khai Bahar, Syamel, Marsha Milan, Mila Jirin, Mimi Fly dan Elly Mazlein yang telah meninggalkan kata-kata semangat dan komen positif  didalam kiriman mesej di media sosialnya.

Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan artis yang telah menyokong saya. Kata-kata semangat dan komen positif mereka amat bermakna dan memberikan saya dorongan untuk terus berkarya dan terus berusaha memberikan yang terbaik dalam bidang muzik.

Sebagai komposer Enigma, Ikhwan Fatanna berkongsi bagaimana tercetusnya idea mengarap lagu ini.

Idea datang ketika pihak produksi drama Dua Darjat inginkan konsep lagu runut bunyi yang sedih dan sesuai dengan jalan cerita drama tersebut.

Saya pun mula mengarang dengan membayangkan sebuah hubungan yang tidak direstui keluarga kerana perbezaan darjat dan kedudukan.

Mesej lagu ini adalah untuk memilih hubungan yang sesuai dengan personaliti dan keadaan diri kita. Jangan biarkan diri kita dihukum dan dihina hanya kerana kita insan biasa. Setiap manusia ada nilai dan harga diri.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu ‘Enigma’ nyanyian Bob Yusof yang telah mula bergema di pelbagai aplikasi dan platform penstriman dalam talian. Ayuh saksikan Dua Darjat menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Jangan Jemput Fitnah, Dosa Selalu Memburu Hidup Kita’ – Bonda Rozita

Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular