Ernie Zakri Sifatkan Anugerah Bukan Pengukur Kejayaan, Reda Lagu Masing-Masing Tak Bolos Ke AJL

Shopee Sale


Penyanyi Ernie Zakri memberitahu tidak berkecil hati sekiranya lagu popularnya, Masing Masing tidak dapat dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu (AJL) memandangkan penciptanya bukan pengkarya tempatan.

Artikel berkaitan: ‘Apabila Bella Kata Dia Suka Lagu Itu, Saya Ajak Dia Berduet’ – Ernie Zakri

Artikel berkaitan: Ernie Zakri Bagi ‘Hint’ Bakal Rakam Lagu Dengan Penyanyi Indonesia? Idam Berduet Dengan Raisa

Bersyukur Masing Masing diterima baik

Bagaimanapun, Ernie, 32, tetap bersyukur lagu Masing Masing berjaya menawan hati ramai peminat dan sekaligus melonjakkan namanya di Indonesia.

AJL adalah acara anugerah berprestij di Malaysia. Saya tak nafikan, ia juga adalah satu batu loncatan bagi setiap penyanyi.

Saya juga percaya kita semua juga ada impian. Saya pernah ada satu impian beraksi di pentas AJL dan Alhamdulillah, saya sudah dapat.

Sekarang jika tidak ada rezeki untuk lagu Masing-Masing berada di pentas AJL, tidak mengapa.

Selagi orang tahu lagu ini dan mendapat tempat di hati, itu lebih penting. Layak atau tak layak dicalonkan dalam mana-mana anugerah, ia tidak mengapa.

Ernie berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran produk Zeleb+ NMN by Ernie Zakri di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

‘Selagi peminat suka, itu sudah memadai’

Dalam pada itu, Ernie menyatakan anugerah bukan pengukur sesuatu kejayaan tetapi adalah sebagai satu semangat buat penyanyi untuk terus berkarya.

Namun, itu bukan penanda aras perjalanan karier sebab pengukur kejayaan saya adalah penghargaan daripada para peminat.

Saya selalu cakap, kehidupan dan perjalanan saya dalam dunia nyanyian ini bukan satu pertandingan sebaliknya sebuah perjalanan.

Saya okey sahaja kalau tak menang, tidak tercalon apa-apa. Selagi peminat menghargai dan menyukai setiap karya saya, itu dah memadai.

Dalam perkembangan lain, Ernie mengeluarkan produk kesihatan dan bekerjasama dengan jenama Watsons yang turut dijual di rangkaian farmasi itu.

MENARIK:  ‘Kalau Sehari Tidak Berpeluh Bukan Sayalah’ – Zahida Rafik Dedah Rahsia ‘Maintain’ Awet Muda

Katanya, produk tersebut merupakan makanan tambahan untuk membantu menambah tenaga terutama sesuai buat individu yang berusia 28 tahun ke atas.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular