Erysha Emyra Berkongsi Kisah Wanita Kuat & Tabah, Noniswara Tamat Tempoh Edah

Shopee Sale


Erysha Emyra

Pelakon meningkat naik, Erysha Emyra memaklumkan ibunya yang juga pelakon veteran iaitu Datin Seri Noniswara baru sahaja habis tempoh edah sekitar dua minggu lalu.

Baru habis edah

Erysha Emyra

Ketika ditemui , Erysha berkata, ibunya tidak sabar untuk melakukan aktiviti luar memandangkan sudah lama terperap di dalam rumah sejak suaminya meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.

Mak saya baru saja habis edah, saya rasa dalam seminggu ke dua minggu lalu. So far, she is doing good.

Alhamdulillah. Cuma, yela dia macam nak keluar jumpa orang. Sebab dah lama sangat duduk rumah kan. Tapi so far Alhamdulillah, she is okay.

Erysha berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media tayangan Program Ramadan Astro yang diadakan di M Resort @ Hotel Kuala Lumpur, pada Khamis.

Dalam masa sama, aktres cantik berusia 25 tahun itu turut berkongsi situasi ibunya ketika menerima pelbagai kecaman netizen susulan isu didakwa memegang status sebagai isteri kedua.

Dia okay, dia seorang wanita yang kuat dan tabah. Dia boleh saja (hadap kecaman).

Dalam pada itu, pelakon drama Chinta Wrong Direction berkata biarpun dia tidak dapat meluangkan masa dengan ibunya ketika arwah bapa tirinya meninggal dunia, namun mereka kerap berhubung melalui panggilan telefon.

Bila seorang isteri kehilangan suami, sudah tentu saya akan cuba sedaya upaya untuk berada di sisinya. Memang masa ayah tiri saya meninggal, saya terus masuk set.

Tak sempat nak luangkan masa bersama mak tapi kami banyak berhubung melalui panggilan telefon.

Erysha turut memberitahu hubungannya dengan isteri kepada penyanyi MK K-Clique iaitu Siti Hajaar yang juga adik-beradik tirinya dalam keadaan baik.

MENARIK:  Meriahnya Rumah Terbuka Raya #KongsiBersama TikTok Malaysia, Khairul Aming & Nyna Bukater Menang Apa Tu?

Terdahulu, suami kepada Noniswara iaitu usahawan Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad dilaporkan meninggal dunia pada 1 Oktober tahun lalu.

Untuk info, Noniswara berkahwin dengan usahawan berkenaan sejak tujuh tahun lalu yang merupakan perkahwinan ketiganya.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular