Erysha Emyra Idam Watak Antagonis, Berhijab Bukan Penghalang – ‘Selalu Dapat Wanita Melayu Terakhir’

Shopee Sale


Erysha Emyra

Ingin mencuba kelainan, pelakon Erysha Emyra memberitahu dia mengidamkan membawa watak antagonis atau wanita jahat dalam mana-mana naskhah akan datang.

Watak antagonis

Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, berkata, meskipun dia mengenakan hijab, namun itu bukan penghalang untuknya menjayakan watak berkenaan.

Saya selalu dapat watak perempuan melayu terakhir, saya mahu buktikan walaupun bertudung boleh versatil. Namun masih meletakkan limitasi.

Saya ingin cuba watak lain pada masa akan datang, sebagai contoh watak antagonis.

Dalam realiti pun, bukan semua wanita bertudung baik. Saya boleh bawa watak sedemikian.

Erysha berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di program MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

Mengakui belum pernah menerima tawaran watak antagonis, anak kepada pelakon terkenal Datin Seri Noniswara itu juga berharap dapat berlakon dalam naskhah genre aksi.

Tapi setakat ini masih belum dapat tawaran antagonis, tapi berharap.

Selain antagonis, saya cuba ingin cuba watak dalam drama atau filem aksi.

Saya ingin lari daripada skiptikal orang mengatakan pelakon bertudung sangat terhad wataknya.

MENARIK:  [VIDEO] KJ, Fara Fauzana, Johan & AG Selamat Turun Gunung Kinabalu

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular