Ezzanie Jasny Enggan Mencari Pasangan Hidup, Lebih Pilih Fokus pada Diri dan Kerjaya

Shopee Sale


Pelakon melonjak naik iaitu Ezzanie Jasny mengakui masih belum bersedia untuk bercinta atau mencari pasangan hidup.

‘Tak nak ada sesiapa’

Ketika ditemui , Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade binti Jasny berkata dia lebih memilih untuk memberi sepenuh fokus terhadap diri dan kerjayanya terlebih dahulu.

Tak ada pun yang mendekati dan mahu berkenalan secara serius. Buat masa sekarang, lagi baik saya fokus kepada diri sendiri dulu. Sebab saya pun baru je masuk dalam industri, jadi saya rasa ini adalah masa untuk saya explore banyak benda sendiri.

Tak nak ada sesiapa. Sebab kadang-kadang manusia suka mengawal, kena jaga hati lagi.

Tambah aktres berusia 25 tahun itu lagi, selain berlakon dan menjadi seorang model, dia juga sibuk menguruskan perniagaannya.

Sementara itu, Ezzanie mengakui bahawa dia sama sekali tidak akan lupa diri kerana baginya untuk berada dalam industri seni bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh itu, dia akan melakukan sehabis baik supaya namanya kekal relevan dalam industri.

Insya-Allah, saya takkan lupa diri. Saya cari duit sendiri, pergi mana-mana pun sendiri. Jadi benda tu buatkan saya takkan lupa di mana saya berdiri.

Kita dari seorang yang tiada apa-apa kepada someone yang berjaya sekarang, saya buat semua tu sebab saya pernah berada di situ. Kita tahu susah payahnya untuk berada sampai ke tahap ni.

Sekadar info, Ezzanie kini menjadi salah seorang duta bagi Koleksi Rantaian Kasih 2024 Habib Jewels bersama Sharifah Rose, Amyra Rosli, Amar Baharin serta anak-anaknya, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa

MENARIK:  Wanita Kongsi Kisah ‘Housekeeper’ Hotel Dijangkiti HIV, Tercucuk Picagari Ketika Mengemas Bilik – ‘Saya Terduduk Dengar Cerita Dia’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular