Farah Lee Berkecil Hati Pengurusan Dana Dipersoal, Dedah Sumber Pendapatan Lain – ‘Tak Semua Buat NGO Untuk Kaya’

Shopee Sale


Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee akui berkecil hati apabila ada pihak yang mempersoalkan tentang pengurusan dana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) miliknya iaitu FL Childrity.

Artikel berkaitan: ‘Mengumpul Sumbangan Melalui Akaun Bank Persendirian Secara Jelas Adalah Haram Di Korea Selatan’ – Farah Lee

Artikel berkaitan: Orang Terdekat Persoal Cara Didik Anak, Farah Lee Akui Berkecil Hati – ‘Bila Jelaskan, Kau Kena Label Keras Kepala’

‘Tak pernah ambil satu sen’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Farah berkata, segala maklumat tentang pengurusan dana boleh diakses oleh orang ramai melalui laman web mereka.

Kalau korang pengikut tegar aku, aku pasti korang akan selalu nampak aku reveal pengurusan dana @fl.childrity dari masa ke semasa. Takde apa aku nak sorok pun, semua aku letak transparent dalam website.

Aku pergi misi childrity pun tak pernah ambil satu sen elaun ke apa padahal time misi korang yang pernah travel sekali dengan aku tau lah all out macam mana aku kerja.

Menurut Farah, sumber pendapatannya bukan sahaja datang daripada menguruskan NGO semata-mata.

Aku bukan kerja uruskan NGO je, banyak lagi shooting, kerja, bisnes lain yang aku buat untuk hidup macam mana aku hidup sekarang. Memang ada orang buat NGO sebab nak senang kaya, tapi tak semua yang buat NGO untuk kaya.

Dalam pada itu, dia juga menyatakan tidak gemar dengan pendedahan atau dikenali ramai di atas kerja-kerja kebajikan yang dilakukan.

Haritu ada jenama nak bagi dana 100,000, aku tolak sebab tak menang tangan nak uruskan, tambahan pula nak adakan sidang media. Aku dahlah tak suka exposure ini. Keluar tv pun aku selalu tolak. Kalau aku kaki makan kos pengurusan, gila lah tolak jumlah besar-besar, tv invite tu kan.

Aku suka stay underground dan rendah diri, ada public dana masuk aku sampaikan, ada orang request project aku buatkan, memang passion aku dari zaman belajar dulu buat kerja-kerja amal ni. Aku tubuhkan childrity pun atas permintaan, walaupun tengah sibuk uruskan benda lain. Aku hold kejap bisnes sebab nak setup dan stabilkan childrity.

Tak nak sokong kitaorang takpe, tapi hati-hati jangan sampai jatuh fitnah. Tak percaya, derma je dekat NGO atau yayasan lain tak perlu nak perli-perli kalau tak tak tahu. Dah lah tengah penat misi qurban Sri Lanka, tiba-tiba kena tuduh macam tu, kecil hati dan triggered weh.

10 peratus untuk kos pengurusan

Menjawab persoalan individu di ruangan komen, Farah mendedahkan hanya sepuluh peratus yang digunakan untuk kos pengurusan daripada dana tersebut.

United Nation (UN) ambil lebih kurang 50 peratus tapi kalau you check laporan kami, kami hanya ambil lebih kurang 10 peratus sahaja untuk kos pengurusan, kami ada staff dan staff juga ada hak untuk dibayar gaji untuk kelangsungan hidup mereka atas masa dan tenaga yang dikeluarkan untuk menguruskan ngo dan dana-dana yang diberikan oleh penderma.

Terdahulu, hangat diperkatakan tentang pempengaruh dan usahawan, Aisyah Hijanah yang didakwa menyelewengkan wang dana daripada pertubuhan yang ditubuhkan.

MENARIK:  Ali XPDC Dah Boleh Bernafas Seperti Biasa, Tak Perlu Bantuan Oksigen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular