Farid Kamil Sokong Anak Aktif Sukan Di Usia Muda – ‘Muhammad Main Bola & Permotoran, Aurora Gimnastik & Tenis’

Shopee Sale


Farid Kamil

Pelakon Farid Kamil memberitahu, dia mahu anak-anaknya terdedah dengan aktiviti sukan di usia yang muda agar membantu perkembangan fizikal dan minda mereka.

Anak aktif sukan

Farid Kamil

Menurut Farid, anak pertamanya iaitu Mohammad kini aktif bermain bola sepak dan sukan pemotoran manakala puterinya, Nur Aurora didedahkan dengan gimnastik serta tenis.

Bagi saya membenarkan anak-anak main sukan di peringkat kecil lagi, sangat terbaik. Macam saya sendiri, memang aktif daripada kanak-kanak lagi.

Saya nak anak-anak saya ini apa saja aktiviti sukan, mereka tak ralat atau tak takut untuk lakukan. Pada saya, dari situ kita dapat lihat perkembangan minda dan fizikal mereka secara positif.

Macam Mohammad, aktif main bola dan sukan pemotoran. Manakala Aurora, sekarang ini kita bagi dia pendedahan gimnastik dan tenis.

Dalam pada itu, pelakon filem Lagenda Budak Setan ini berkata, anak sulungnya telah mendapat latihan dan bermain bola di kelab milik pemain pasukan Korea, Kim Do Hoon.

Saya lihat ibu bapa terutama di luar negara barat, mereka mendedahkan anak-anak mereka di peringkat yang kecil untuk mencuba sukan-sukan.

Daripada itu kita boleh tengok mana minat dia. Macam Mohammad pun ada kelas latihan di mana dia belajar di KDH (Kim Do Hoon) pemain worldcup di Korea, dia buka kelab di sini (Malaysia).

Sementara itu, Farid berkata dia dan isteri, aktres Diana Danielle sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak mereka untuk terus aktif dalam sukan.

Kami tak pernah menghalang anak main sukan sampai ke luar negara. Sebab bagi kami, dia dah puas main dekat Malaysia, kita bagi cuba peringkat antarabangsa lebih awal. Supaya minda dia terbuka dan minat untuk serius dalam satu bidang itu kita boleh dorong.

MENARIK:  [VIDEO] Puteri Sarah Tak Ambil Pemandu, Sanggup Hantar Anak-Anak Ke Sekolah – ‘Itu Adalah Nyawa Aku, Tak Boleh Kalau Jadi Apa-Apa’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular