Farid Kamil Tiba Di Mahkamah Untuk Sebutan Inter-Parte dalam Proses Hadanah

Shopee Sale


Pelakon, Farid Kamil tiba di Mahkmah Tinggi Syariah Shah Alam pagi Selasa bagi sebutan inter-parte (dua pihak) berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi kedua-dua anaknya yang berusia 10 dan lapan tahun.

Farid Kamil kunci mulut

Farid yang tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8.40 pagi dengan memakai baju serba hitam bagaimanapun bertindak mengunci mulut dan tidak mahu memberikan apa apa kenyataan mengenai sebutan inter-parte tersebut.

Terdahulu, pada 25 Mei yang lalu, prosiding sulh antara pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil yang membabitkan hak jagaan anak-anak mereka masih belum selesai dan masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak-pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua belah pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Pada 20 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan aktres itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

MENARIK:  Fazura Kongsi ‘Quotes’ Tentang Kehidupan – ‘Jangan Terlalu Lama Berada Di Tempat Yang Bukan Milikmu’

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular