Fatin Afeefa Jawab Dakwaan Sudah Bersalin Anak Opai – ‘Saya Belum Bersedia Untuk Berkongsi’

Shopee Sale


fatin afeefa

Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa tidak mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan yang mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata hasil perkahwinan terbaharu dengan pempengaruh, Aliff Awang.

Sudah bersalin?

fatin afeefa

Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, berkata dia akan berkongsi mengenai berita gembira itu apabila sudah tiba masa yang sesuai.

Doakan yang baik-baik. Insya-Allah semoga yang baik-baik juga untuk saya dan keluarga.

Saya belum bersedia untuk berkongsi mengenai perkara itu (sudah bersalin). Tetapi insya-Allah saya akan kongsi dalam masa terdekat ini.

Fatin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan jenama L.SOULLE yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, pada Sabtu.

Terdahulu, timbul desas desus mengatakan Fatin sudah selamat bersalin. Bagaimanapun tidak ada kesahihan mengenai berita tersebut.

Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

MENARIK:  Dini Schatzmann Kongsi Rutin Wajib Sempena ‘Anniversary’, Sikat Rambut Janna Nick Sebelum Tidur – ‘Kalau Tak Buat, Rasa Tak Lengkap’

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular