Fattah Amin Jawab Kenapa Wajah Sugul Hadir Ke Mahkamah – ‘Saya Bukan Robot, Ada Perasaan’

Shopee Sale


Pelakon Fattah Amin mengulas mengenai raut wajahnya yang kelihatan sugul ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.

Tolong faham diri saya

Kata Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, dia juga manusia biasa yang tidak mampu menyembunyikan perasaan sedih.

Saya ada perasaan, bukan robot. Tolong faham diri saya. Itu sahaja, terima kasih. Teruskan doa yang baik-baik.

Fattah berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.

Ditanya mengenai tindakan Fazura memfailkan perceraian sehari sebelum ulang tahunnya, Fattah meminta persoalan itu diajukan kepada isterinya.

Itu tak boleh tanya saya kenapa sehari sebelum.

Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama.

Menerusi sebutan kes permohonan perceraian itu, mahkamah meminta pasangan selebriti terbabit menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

MENARIK:  [VIDEO] Madammu ‘Say No’ Kepada Biawak Hidup – ‘Kita Wanita Kena Tahu Martabat & Maruah Diri’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular