‘Fazura Macam Saya, Tidak Tunjuk Ada Masalah Kepada Orang’ – Adira Suhaimi

Shopee Sale


Adira Suhaimi

Penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Nur Fazura yang tidak menunjukkan sebarang tanda ketika sedang berdepan masalah kepada khalayak ramai.

‘Tak tunjuk masalah’

Adira Suhaimi

Kata Adira, Fazura kelihatan baik dan tenang di lokasi penggambaran biarpun ketika ini rumah tangga aktres itu bersama suami, Fattah Amin sedang diuji.

Dekat set (lokasi penggambaran) dia (Fazura) sangat okay, dia macam saya tak tunjuk masalah kepada orang.

Adira memaklumkan mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok bersama bekas suami, Datuk Red.

Sementara itu, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu berkata, Adira tidak suka berkongsi masalah dengan mana-mana individu termasuk keluarganya sendiri.

Itu dah bahagian dia (Fazura), Adira sudah melalui apa yang dia lalui.

Kita tidak berada dalam kasut dia (situasi). Kita semua tak tahu siapa yang bersalah.

Tapi memang betul, Adira dulu pun tak cerita masalah dia dengan sesiapa termasuk ibunya sendiri.

Jangan kata wartawan, pengurus atau adik-beradik, ibunya sendiri tak tahu apa-apa.

Sejak minggu lalu, isu rumah tangga Fattah dan Fazura menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya.

MENARIK:  Michael Ang Minta Budaya Beri Derma Kepada ‘Influencer’ Dihentikan – ‘Lebih Baik Tolong Keluarga Sebelum Tolong Orang Lain’

Fazura dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Jumaat lalu.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular