Fazura Takut Bawa Watak ‘Imani’

Shopee Sale


Drama ‘Lelaki Itu’ arahan bersama Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif baru sahaja melabuhkan tirainya pada Isnin yang lalu dan berjaya menjadi fenomena sehinggakan watak-watak di dalam karya menjadi buah mulut wargamaya di media sosial.

Antara watak yang menjadi buah mulut adalah watak ‘Imani’ lakonan pelakon hebat, Nur Fazura yang meraih pujian orang ramai kerana berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa penonton.

Hanya ikut skrip

Terbaharu, Fazura mendedahkan pada mulanya dia berasa takut untuk membawa watak ‘Imani’ yang bertindak sebagai ‘penyondol’ dalam drama tersebut.

Namun, selepas meneliti jalan cerita, dia cuba membawa watak tersebut dengan gayanya yang tersendiri dan bersyukur lakonannya itu mendapat pujian ramai.

Saya beritahu penerbit, Erma Fatima bahawa saya takut nak bawa watak penyondol ini tetapi dia cakap pada saya, ‘Tak payah takut. Watak ini adalah ‘penyondol’ yang tak sengaja. Dan percayalah orang akan sukakan kamu.’

Dan bila saya fikir balik, memang betul bahawa kita selalu nak kecam penyondol tetapi tak tahu apa yang berlaku di sebalik perkahwinan seseorang itu.

Mungkin ada kekurangan masing-masing sehingga menyebabkan berlakunya isu poligami.

Saya ambil pendekatan untuk tidak menghakimi seseorang jika kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku dan saya pilih untuk bersikap terbuka.

Fazura berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi Drama Sangat Close Up bagi drama ‘Lelaki Itu’ yang diadakan di Hadramat Kitchen, Ampang pada malam Isnin.

Dalam pada itu, pelakon berusia 40 tahun sedar bahawa lakonan serta skrip yang dilontarkan di dalam drama tersebut turut mendapat kecaman daripada netizen.

Namun, Fazura menjelaskan bahawa sebagai seorang pelakon, dia hanya menjalankan tugas mengikut skrip yang telah diberikan.

Skrip bukan saya yang buat dan mungkin ramai tak faham. Tetapi, saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon yang dibayar untuk mengikut kehendak skrip.

Skrip ‘Lelaki Itu’ merupakan olahan sendiri daripada Erma dan memiliki interpretasinya yang tersendiri.

Dia pernah cakap banyak mesej yang nak disampaikan dalam naskhah ini.

Kepada yang marah-marah di luar sana, harap anda faham bahawa saya adalah Fazura dan apa yang anda tonton dalam drama itu ialah wanita bernama ‘Imani’.

Sekadar info, drama ‘Lelaki Itu’  berjaya mencetus fenomena selepas merekodkan capaian sebanyak 1.3 bilion di media sosial sepanjang tempoh tayangan.

MENARIK:  Ben Ali Minta Henti Sebar Kebencian, Sifatkan Tak Adil Libat Negara Dengan Kontroversi – ‘Individu Bermasalah Pasti Akan Ada’

Selain Fazura, drama ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf, Nadia Brian dan Sophia Al-Barakbah.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular