Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Daripada Fattah – ‘Selamat Hari Lahir Mommy, Semoga Gembira & Bahagia’

Shopee Sale


Nur Fazura

Pelakon Nur Fazura menerima sejambak bunga pemberian suami, aktor Fattah Amin bersempena ulang tahun kelahiran ke-41 aktres itu.

‘Selamat hari lahir mommy’

Nur Fazura

Menerusi hantaran di Instagram, Fazura memuat naik gambar memperlihatkan jambangan bunga yang diterima beserta sekeping kad ucapan.

Menerusi kad itu, Fattah menitipkan doa buat Fazura agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berada dalam perlindungan Yang Maha Esa.

Selamat hari lahir mommy (Fazura), daddy (Fattah) doakan di hari lahir kelahiran mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya.

Sementara itu, Fazura secara ringkas menulis ‘terima kasih daddy’ sebagai tanda penghargaan buat suami.

Terdahulu, Fattah enggan melafazkan talak kepada Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.

Kata Fattah, dia masih menyayangi isterinya biarpun aktres itu nekad dengan pendiriannya minta dilepaskan.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

MENARIK:  Bermula Usia 13 Tahun, Jurutera Dedah Selesa & Tenang Pakai Lampin Bayi – ‘Saya Tak Pakai Depan Isteri Atau Keluarga’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular