Filem Janna Endoro: Mengangkat Wanita Sebagai Hero, Akan Dikeluarkan Di Pawagam Khamis Ini!

Shopee Sale


Nama Janna Endoro yang dipilih sebagai judul filem ini mungkin kedengaran pelik dan asing bagi semua pihak. Namun begitu, Janna sebenarnya mewakili nama watak wanita yang memainkan peranan utama iaitu hero filem ini, manakala Endoro adalah jenama motosikal scrambler Yamaha Enduro yang dibahagikan kepada 100 dan 175 cc yang sangat popular pada era 1970-an.

Angkat wanita sebagai ‘hero’

Filem Janna Endoro dari idea asal Engku Seri Kelantan berlatarkan Negeri Kelantan yang sinonim dengan gelaran Cik Siti Wan Kembang. Sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai budaya Melayu-Siam dan masyarakat pribumi lain. Idea ini kemudian diterjemah oleh Nayie Klate dan DCSB team sebagai penulis skrip bagi menghasilkan sebuah naskhah yang mantap dan seimbang dalam semua aspek.

Pertembungan budaya ini diambil kira menerusi filem menarik terbitan Double Channel Sdn Bhd arahan Sham Jr ini. Filem ini tampil berbeza apabila mengetengahkan wanita bernama Janna sebagai watak utama atau Hero, yang jarang-jarang berlaku dalam industri hiburan tanah air.

Pemerhatian terhadap sosio budaya di Kelantan yang dikenali dengan seni mempertahankan diri Tomoi, Muay Thai, Wat Siam, Dikir Barat, Rambong, Main Puteri dan pelbagai lagi yang mempunyai keunikan tersendiri ditampilkan dalam filem ini.

Menurut Sham Jr, pemilihan negeri Kelantan sebagai lokasi dibuat semasa perbincangan diperingkat penyediaan proposal lagi.

Kami memilih lokasi Negeri Kelantan kerana ia dekat dengan jiwa saya, tapi saya tetap berjaga-jaga sebab dari segi dialog kita kena pastikan yang filem ini betul-betul dialognya dalam Bahasa Kelantan sepertimana kita dengar mereka berbual.

Alhamdulillah pihak Double Channel memberi kebebasan dan kebenaran kepada saya untuk memilih siapa yang akan jadi jurukamera, siapa pengarah seni dan siapa mekap artis. Mereka bersetuju dengan pemilihan tenaga produksi saya.

Saya tahu kebolehan mereka dan rasa kerjasama serta sentuhan mereka dapat membantu saya. Malah saya juga tidak menolak cadangan dan idea dari unit lain untuk kebaikan filem ini juga.

Saya tidak boleh beritahu kelainan filem ini dengan filem lain kerana ini adalah filem pertama saya. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan drama, sebenarnya penggambaran drama dan filem sama sahaja. Kerjanya sama sahaja.

Cuma skop filem ini lebih besar dan ia lebih detail. Jadi saya rasa kelainan itu dapat dirasakan, mengarah drama dan filem feelnya saya rasa lebih memberi impak kepada saya.

Trisha pelakon yang tepat!

Tambah Sham, pemilihan pelakon watak Janna dicari dan Trisha merupakan pelakon yang tepat kerana boleh menunggang motor, pandai seni mempertahankan diri dan boleh membuat lagak aksi.

Jadi pada saya Trisha ada semuanya. Dia ada pakej semua itu. Di Malaysia tidak ramai pelakon yang berkebolehan begitu terutamanya wanita.

Harapan saya sangat besar sebenarnya iaitu mengharapkan industri filem kita ditambah dengan Janna Endoro akan beri sesuatu bukan sahaja pada orang-orang Kelantan tetapi semua peminat filem di Malaysia.

Sementara itu, penerbit Double Channel Sdn Bhd, Syed Aiman berkata, Janna Endoro menampilkan tauladan tersendiri kepada masyarakat.

Cerita ini lebih kepada moral untuk sesebuah keluarga dimana dalam keluarga kita kena fikir benda yang baik dahulu sebelum kita buat sesuatu perkara.

Saya turut berlakon memegang watak sebagai Nasir Pukong. Dia seorang tauke, bukan watak antagonis cuma dia watak tauke yang beri pinjam duit kepada Mat Dat. Mat Dat suka pinjam duit dari Nasir Pukong.

Akibat dari pinjam duit itulah dia dikejar oleh anak-anak buah Nasir Pukong. Mat Dat buat kerja-kerja yang tidak elok yang menyebabkan anaknya diculik oleh penjahat yang menuntut duit daripadanya kerana Mat Dat suka berjudi dan buat kerja-kerja haram.

Pada pengamatan saya insyaAllah Janna Endoro akan jadi sebuah filem yang terbaik. Sesuai untuk ditonton oleh semua masyarakat dan banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari filem ini.

Sekadar info, filem ini bakal ditayangkan di 50 pawagam seluruh Malaysia pada 22  Februari 2024. Janna Endoro menampilkan barisan pelakon popular seperti Trisha Ooi, Pekin Ibrahim, Mohd Asrulfaizal, Wan Hanafi Su, Josiah Hogan,Zoee Tan, Syed Aiman, Kamarool Hj Yusoff, Zalfa Zin, ZZ Zamrie dan Danie X-Factor.

MENARIK:  Peminat Mahu Liza Hanim Anjur Konsert Di Singapura

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular