Fitnah Bekas Menantu, Chef Wan Diarah Bayar Ganti Rugi Sebanyak RM150k

Shopee Sale


Chef selebriti nombor satu negara, Chef Wan diarahkan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada bekas menantunya iaitu Gavin Edward O’Luanaigh berhubung penerbitan berunsur fitnah di platform media sosial.

Bayar RM150,000

Memetik laporan Sinar Harian, panel tiga hakim iaitu Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Wong Kian Kheong telah membenarkan rayuan O’Luanaigh untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa kenyataan yang didakwa dibuat oleh Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail tidak memfitnah O’Luanaigh.

Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Azizah memerintahkan chef selebriti itu untuk membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O’Luanaigh beserta kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Beliau juga memberikan injunksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada menerbitkan sebarang kenyataan fitnah terhadap bekas menantunya itu.

Bukan itu sahaja, Chef Wan turut diperintah untuk membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Fitnah O’Luanaigh

Sementara itu, Hakim Wong sewaktu menyampaikan pembelaan memaklumkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan Chef Wan menerusi hantaran di laman sosial Instagram dan Facebook oleh Chef Wan telah memfitnah O’Luanaigh.

Tambah Wong, chef berkenaan juga telah melanggar janji kepada mahkamah untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah terhadap O’Luanaigh.

Walau bagaimanapun, dalam pernyataan pembelaannya, Chef Wan memaklumkan bahawa kenyataan yang disiarkan dalam hantaran itu adalah berdasarkan fakta, komen yang adil, dilindungi oleh keistimewaan mutlak dan layak serta dibuat tanpa niat jahat.

MENARIK:  Permulaan Mencintai Diri Sendiri - Amelia Christie

Sekadar info, O’Luanaigh telah memfailkan saman fitnah itu pada Februari 2021 dengan mendakwa bahawa lapan hantaran yang dibuat bekas bapa mentuanya itu di media sosial mengenai dirinya dan isteri terkini adalah fitnah.

Mahkamah Tinggi Shah Alam sebahagiannya membenarkan tuntutan O’Luanaigh untuk injunksi bagi menghalang bekas bapa mertuanya daripada menerbitkan sebarang dakwaan libel dan palsu terhadapnya pada 11 Mei 2023.

Hakim Rozi Bainon turut memerintahkan Chef Wan menurunkan kelapan-lapan hantaran berkenaan yang menjadi subjek dalam tuntutan saman fitnah tersebut.

Untuk rekod, O’Luanaigh yang memeluk Islam pada 20 November 2006 telah mendirikan rumah tangga dengan anak Chef Wan yang juga merupakan pelakon iaitu Serina Redzuawan pada 2010 sebelum bercerai pada Ogos 2017.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular