Fizi Ali Setuju Beri Hak Jagaan Anak Kepada Shakilla – ‘Tiada Istilah Menang Atau Kalah’

Shopee Sale


Umum mengetahui, pelakon Shakilla Khoriri mendapat hak penjagaan sementara atau interim hadanah anak perempuannya, hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Berikutan daripada itu, sempat menemu bual Fizi Ali untuk mengetahui responsnya berhubung keputusan mahkamah itu.

Ini bukan pertandingan

Menurut Fizi dia tidak berebut mengenai hak jagaan anak dengan bekas isteri malah, dia sekadar mahu hak melawat dan bermalam bersama Ameena sahaja. Tambah Fizi, dia mahu anaknya itu mendapat kasih sayang yang sama rata daripada seorang ibu dan ayah.

Ada yang dm siap gelak padan muka kalah. Pelik betul. Ini bukan pertandingan siapa menang ke kalah. Okay untuk betulkan yang mungkin tersalah. Hadanah interim ni adalah hak jagaan sebelum ke hadanah kekal (induk).

Jadi kira hadanah interim dah settle atas persetujuan baik dua belah pihak dan atas budi bicara peguam masing-masing. Alhamdulillah. Terima kasih kerana untuk Ameena kita perbetulkan dan perbaiki mana yang perlu.

Sekarang nak settlekan hadanah kekal (induk) pula. Jadi mana istilah menang atau kalah? Lagi sekali saya tekankan saya bukan merebut hak jagaan cuma hak melawat dan hak bermalam dan hak Ameena mendapat kasih sayang yang sama rata.

Ujar Fizi lagi, dari awal dia sudah bersetuju untuk memberi hak jagaan kepada Shakilla.

Untuk makluman semua, sebenarnya kami melalui peguam masing-maisng telah mencapai persetujuan tentang hak jagaan dan lawatan ni. Bukan setakat kes interim tetapi yang kekal juga. InsyAllah peguam dalam proses untuk selesaikan kes ini dalam masa terdekat. Doakan yang baik-baik moga semuanya dipermudahkan.

Orang yang cakap kalah tu, dia tak faham. Saya rasa tak ada keperluan untuk saya fahamkan. Biarlah mereka nak faham dengan apa yamg mereka faham yang penting Alhamdulillah saya dah dapat hak saya untuk bersama Ameena. Saya cukup happy. Alhamdulillah dan terima kasih.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Kalau Perempuan Pakai Nasi Kangkang, Aliff Pakai Apa Sampai Perempuan Tergila-Gila Ni’ – Sajat

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular