[FOTO] Konsert Judika & Siti Nurhaliza Meriah Dengan 24,000 Penonton! Geng OT, ‘Aku Cinta Padamu’ Versi Dangdut & Peminat Berjoget Antara Momen Terindah

Shopee Sale


siti nurhaliza judika

Konsert The Journey of Sound: Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza memang power! Stadium Merdeka dibanjiri dengan 24,000 penonton yang hadir seawal jam 3 petang, pada Sabtu.

10 momen terindah

Journey of Sound

Bertemakan putih dan denim, penonton dihiburkan dengan lebih 30 buah lagu secara solo, duet dan medley.

Antara lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza adalah Siti Situ Sana Sini, Ku Milikmu, Bukan Cinta Biasa, Pastikan, Seindah Biasa, Kesilapanku Keeoganmu, Diari Hatiku, Bicara Manis Menghiris Kalbu, Hati Kama, Ya Maulai, Balqis, Percayalah, Azimat Cinta dan Sejarah.

Manakala Judika pula mempersembahkan lebih daripada 10 lagu solo antaranya Bukan Rayuan Gombal, Sampai Akhir, Sampai Kau Jadi Milikku, Jikalau Kau Cinta, Mama Papa Larang, Aku Yang Tersakiti, Putus atau Terus, Mencari Alasan, Rindu Serindu Rindunya, Jadi Aku Sebentar Saja, Tak Mungkin Bersama, Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja dan Cinta Karna Cinta.

Berikut merupakan 10 corak-coret momen sepanjang Konsert The Journey of Sound: Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza berlangsung:

1.Peminat Siti Nurhaliza dan Judika hadir mengenakan pakaian mengikut tema yang ditetapkan iaitu putih dan denim.

Journey of Sound

2. Sebelum memasuki ruang stadium, penonton yang beragama Islam memenuhi Masjid Al-Sultan Abdullah Kuala Lumpur terlebih dahulu bagi menunaikan solat Asar dan Maghrib. Ada juga segelintir yang memilih untuk menunaikan solat di perkarangan luar stadium dengan beralaskan sejadah kecil.

3. Faizal Tahir membuka tirai konsert dengan menyanyikan tiga buah lagu nyanyiannya, iaitu Mahakarya Cinta, Sampai Syurga, Santai dan OK.

faizal tahir buka konsert

4. Siti Nurhaliza dan Judika diarak memasuki perkarangan stadium dengan menaiki kereta GTR.

Journey of Sound

5. Berlaku kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api yang diletakkan di atas perancah di belakang skrin latar pentas. Terima kasih abang bomba.

6. Semua penonton diberikan LED wristband untuk membuatkan persembahan bertambah meriah.

Journey of Sound

7. Geng OT yang menonton konsert secara percuma dari bangunan berhampiran Stadium Merdeka mencuri perhatian Siti Nurhaliza.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Cuba Untuk Menjadi Baik, Walaupun Tidak Mudah’ – Aniq Suhair

8. Tembakan bunga api mewarna-warnikan ruang Stadium Merdeka dan Menara Merdeka 118.

9. Konsert berlangsung selama empat jam, berakhir sekitar jam 12.30 tengah malam.

Journey of Sound

10. Hadiah cabutan bertuah disediakan. Penonton bertuah berjaya membawa balik sebuah kereta jenama BMW dan skuter elektrik.

Journey of Sound

Sementara itu, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin, 45, sempat memberi bayangan bakal mengadakan konsert solo pada tahun depan ketika memberi ucapan ringkas.

Konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil sebelum ini boleh memuatkan seramai 12,000 penonton tetapi hari ini, dihadiri 24,000 penonton. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua.

Kalau saya adakan konsert lagi tahun depan ada yang akan hadir lagi?

" data-video-id="7448493852450721032">
@official Replying to @Wan Iskandar Min tergamam dengar ?? #TheJourneyOfSound #SitiNurhaliza #Judika #UniverseGateway ? original sound – OHBULAN!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular