Fouziah Gous Bersyukur Mampu Menamatkan Khatam Al-Quran Di Madinah

Shopee Sale


Pada Khamis lepas, pelakon dan pengacara jelita, Datin Fouziah Gous berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama suaminya, Datuk Mohd Zhafran Md Yusof untuk menunaikan ibadah umrah.

Terbaharu, Fouziah meluahkan rasa syukur kerana berjaya khatam Al-Quran di Madinah.

Khatam disisi suami

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah binti Mohd Gous berkongsi momen gembira serta meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran di samping suami tercinta.

Fouziah mendedahkan bahawa Al-Quran tersebut adalah pemberian daripada sahabat baiknya.

Tak tahu nak ungkap macam mana perasaan. Semuanya dengan izin Allah SWT.

Tanpa di rancang sampai di Kota Madinah di malam Jumaat. Pagi ini selepas Tahajud dan subuh terus khatam Al Quran pemberian sahabat saya bernama Dahlia.

Syukur Alhamdulilah dapat khatam disisi suami, di hari Jumaat terakhir bulan Rejab. Setiap kali khatam tanpa sedar Allah sentiasa hadiahkan di hari yang penuh bermakna.

Pelakon yang berusia 41 tahun itu berharap semoga perkongsiannya itu dapat memberi semangat kepada pengikutnya serta masyarakat di luar sana untuk sentiasa membaca Al-Quran.

Luahan disini untuk simpanan dan juga semoga ia juga menjadi semangat untuk kita semua untuk sentiasa bersama Al Quran.

Dalam pada itu, Fouziah sempat meminta maaf sekiranya dia ada membuat sesiapa terasa hati atau kurang senang dengannya.

MENARIK:  Nonny Nadirah Imbas Kembali Momen Jadi Peserta AF – ‘Pertama Kali Di Pentas Besar’

Bukan itu sahaja, Fouziah turut mengucapkan terima kasih kepada ustazah yang sering bersamanya.

Macam-macam nak luah semoga Allah makbulkan segala doa kalian dan menjemput anda semua dengan izinNya. Maaf kan saya jika ada membuat siapa2 disini terasa hati atau kurang senang dgn saya serta keluarga.

Terima kasih ustazah Fazilah yang sentiasa bersama saya untuk pastikan perjalanan bersama Al Quran saya.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular