Fynn Jamal Pernah Guna Alasan ‘Broken Family’ Buat Perangai Tak Baik, Nasib Kawan Ubah Cara Pemikiran

Shopee Sale


Penyanyi Fynn Jamal memberi kesedaran bahawa seseorang yang datang daripada keluarga berpecah belah atau ‘broken family’ juga boleh berjaya.

Artikel berkaitan: ‘Bila Allah Bagi Kau Anak, Kenapa Buat Macam Ni?’ – Fynn Jamal Mohon Mizz Nina & Noh Ketepikan Ego, Utamakan Musa

Artikel berkaitan: Fynn Jamal Risau Hidup Lama Atas Dunia Kerana Takut Banyak Dosa, Fikir Fasal Anak Selepas Tiada

Guna alasan ‘broken family’

Menerusi perkongsian di TikTok, Fynn berkata, dia pernah menggunakan alasan datang daripada ‘broken family’ sebagai tiket untuk melakukan perkara yang tidak baik.

Bila orang cakap remaja sekarang makin teruk, percayalah remaja dari dulu teruk. Aku pun daripada remaja gitu cumanya sekarang pendedahan lagi banyak dan orang lebih banyak buat pengakuan.

Tapi seandainya adik-adik, anak-anak sekalian sedang menggunakan alasan aku datang daripada ‘broken family’, ni saya nak cakap.

Kak Fynn pernah berada dalam fasa itu di mana saya menggunakan segala musibah dalam hidup sebagai alasan dan contoh ‘engkau bolehlah cakap engkau ada mak. Aku daripada kecil mak aku dah mati. Kau bolehlah macam anak engkau normal anak aku tak normal’.

Menurut Fynn, perkara yang mengubah pemikirannya itu adalah apabila melihat kawannya yang juga datang daripada ‘broken family’ boleh mengubah nasib mereka menjadi lebih baik.

Saya boleh cakap macam tu tapi apa kebaikan yang datang daripadanya. Saya suka gunakan alasan ‘mak aku dah mati masa aku kecil’.

Jadi apa yang buat Kak Fynn ubah fikiran adalah lepas saya tengok balik ‘aku ada kawan yang mak dia pun dah meninggal masa dia kecil tapi dia jadi manusia yang baik’. Jadi apa alasan aku nak mengatakan itu alasan terbaik untuk aku buat benda macam ini.

Sayangku, ada ramai ‘broken family’ di luar sana insya-Allah awak akan jadi yang istimewa. Jadikan satu contoh yang mana kalau ada anak-anak broken family yang lain ‘wow dia daripada broken family tapi dia boleh berjaya, saya pun nak jadi macam tu’.

MENARIK:  Puteri Sarah Hadiahkan Pakej Umrah Buat Ayah & Ibu – ‘Hajat Saya Nak Bawa Mama Abah Pergi Makkah’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular