Gabungan Luar Biasa! Jersi Choii x Bulan Bintang Keluarkan Koleksi Eksklusif Sempena Raya 2024, Siap ‘Offer’ Harga Rahmah

Shopee Sale


Choii Bulan Bintang

Buat julung kali, dua jenama pakaian paling viral di Malaysia iaitu jersi Choii dan Bulan Bintang bergabung mengeluarkan koleksi jersi dan baju Melayu ‘Choii x Bulan Bintang’ bersempena Hari Raya 2024.

Festival raya ‘Choii x Bulan Bintang’

Choii Bulan Bintang

Dengan gabungan ‘Choii x Bulan Bintang’ ini, sebuah siri jelajah yang diberi nama Festival Raya 2024 Choii x Bulan Bintang bakal diadakan di dua lokasi terpilih di Malaysia.

Lokasi tersebut adalah di Perkarangan Parkir A Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 21 Mac sehingga 24 Mac ini dan di Raia Hotel & Convention Center, Alor Setar Kedah pada 28 Mac hingga 31 Mac 2024.

Menurut Pengarah Urusan Choii, Fariz Asri, dia amat teruja untuk mengeluarkan produk terbaharu hasil kolabrasi bersama Bulan Bintang.

Pertama kali saya ingin mengucapkan rasa syukur dan terima kasih. Kolabrasi ini membuatkan saya betul-betul teruja kerana dapat bekerjasama dengan Bulan Bintang. Semua tahu Bulan Bintang adalah jenama pakaian baju Melayu yang sangat dikenali.

Semoga kerjasama ini menaikkan semangat saya dan ingin terus lakukan yang terbaik untuk jenama Choii. Saya juga berharap gabungan ini dapat diterima baik oleh semua pengguna jersi Choii.

Fariz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Choii x Bulan Bintang’ dan iftar yang diadakan di Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi dan wakil penganjur festival, Specta Event.

Secara eksklusif, para pengunjung boleh mendapatkan koleksi baju ‘Choii x Bulan Bintang’ hanya di lokasi jelajah raya ini sahaja dengan tawaran harga yang menarik iaitu pembelian empat item kombo dengan harga RM289.

MENARIK:  Pergi Berubat Jika Serba Tak Puas Hati, Mungkin Sakit Tersembunyi - Abby Abadi

Selain reruai jualan, Festival Raya 2024 Choii x Bulan Bintang ini juga akan menampilkan barisan selebriti dan pempengaruh popular seperti Ella, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Faris Asri, Erma Fartimah, Shuib, Achey, Cat Farish, Shikin Maembong, Fauzi Nawawi, Yasin Yahya, Lisdawati, Aizat Saha dan ramai lagi. Festival Ini juga akan di hoskan oleh pengacara versatil, Kelly Azman.

Untuk sebarang informasi dan maklumat lanjut, anda boleh layari media sosial rasmi Choii dan Bulan Bintang.

The following two tabs change content below.



News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular