‘Gayatri Tidak Pilih Bulu, Dia Boleh Ambil Orang Lain & Tak Pilih Saya’ – Zul Ariffin

Shopee Sale


Pelakon Zul Ariffin menepis dakwaan dia merupakan ‘anak emas’ dalam produksi Infinitus Entertainment (M) Sdn Bhd.

Artikel berkaitan: Zul Ariffin Kongsi Gambar Suntingan Bersama Arwah Ibu Di IG Story – ‘She Would’ve Enjoyed The Film’

Artikel berkaitan: Polis Gagal Hubungi Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita

Tak pernah dapat diskaun

Memetik laporan Harian Metro, Zul berkata, dia bukan ‘anak emas’ dalam produksi tersebut. Menurut Zul, kerjasama yang terjalin merupakan persetujuan secara profesional di mana tawaran filem diterimanya bergantung kepada watak yang betul-betul sesuai dan boleh dilakonkan dengan baik.

Saya tak nafikan kerana tahu ada juga rakan yang bergurau cakap sebegitu (kaitkan hubungan rapat dengan Gayatri). Bagi saya, tiada masalah pun. Memang selalu begitu dan kalau tengok stesen TV pun sama juga, kadang-kadang pusing orang (pelakon) yang sama saja.

Cuma, sebenarnya yang mungkin orang tak tahu, Gayatri adalah individu yang langsung tidak ‘pilih bulu’. Bila-bila masa saja dia boleh ambil orang lain dan tidak pilih saya pun selain saya tak akan pernah dapat ‘diskaun’.

Ujar Zul, Infinitus Entertainment merupakan produksi pertama yang membuka laluan kepadanya dalam bidang perfileman berskala besar dengan skrip yang mantap.

Projek pertama saya bersama Infinitus Entertainment adalah filem J Revolusi dan selepas itu ada banyak lagi. Kebanyakan kerjasama ini terjadi sebab bila kita beri kerja yang mereka (Infinitus) suka, mereka akan terus ambil lagi (untuk kerja lain) selepas itu.

Jadi, kalau kata saya ‘anak emas’ Infinitus Entertainment, mungkin itu boleh jadi sebab persepsi orang. Sebenarnya kalau hendak diikutkan, kadang-kadang penerbit atau syarikat produksi besar macam Skop Production pun, akan pusing muka (pelakon) yang sama juga.

Bukan hendak cakap itu adalah konsep ‘kroni’, tetapi saya percaya masing-masing (produksi) sudah tentu ada ‘team’ (pasukan) sendiri yang mereka mungkin lebih selesa untuk bekerjasama.

Begitu juga saya dengan pasukan Infinitus. Ditambah pula, ia adalah syarikat produksi pertama yang beri peluang kepada saya untuk menjadi pelakon filem (berskala besar) dengan kesesuaian bajet mereka.

MENARIK:  [VIDEO] Kieda Crepe Beri Bonus Pekerja Guna ‘Saving’ Sendiri, Sales ‘Drop’ Sepanjang Ramadan

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular