Global Station Ambil Langkah ‘Rehatkan’ Selebriti Kontroversi – ‘Masalah Yang Timbul Akan Membabitkan Semua’

Shopee Sale


zetty alia

Foto: Harian Metro

Artis yang bermasalah semestinya akan memberi kesan kepada syarikat produksi terutama jika mereka sedang menjalankan penggambaran.

Justeru itu, timbul gesaan daripada sesetengah pihak untuk mengambil tindakan dengan menyenaraihitamkan artis-artis seperti ini.

Langkah yang diambil Global Station

zetty alia

Ketika ditemui , Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Global Station Sdn Bhd iaitu Zetty Alia Ramly berkata pihaknya mengambil pendekatan untuk merehatkan mana-mana pelakon mereka yang bermasalah.

Menurut Zetty, langkah itu diambil agar masalah tersebut tidak memberi impak yang buruk terhadap artis lain dan juga kru terlibat.

Untuk pihak kami, kami akan rehatkan mereka atau ‘matikan’ watak mereka kalau mereka ada masalah disiplin. Kemungkinan kami juga tidak akan ambil untuk berlakon bagi projek yang akan datang.

Jika seseorang pelakon itu mempunyai masalah disiplin, semestinya mereka akan mengganggu kerja orang lain. Tetapi jika tidak mengganggu, itu adalah masalah peribadi mereka.

Masalah yang timbul akan membabitkan semua yang terlibat. Kalau seorang buat salah, ia akan beri kesan kepada semua.

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, Zetty berkata dia memilih untuk menyiasat terlebih dahulu dan menyerahkan keputusan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum mengambil tindakan.

Saya tak mahu menghukum sesiapa selagi belum ada kata putus daripada pihak tersebut (pihak berkuasa).

Tapi setakat ini, para pelakon kami belum pernah menimbulkan masalah.

Pada pendapat saya, jika mereka bermasalah jadi cubalah untuk elakkan daripada mengambil mereka berlakon.

Dalam pada itu, Zetty menerangkan bahawa syarikat produksinya tidak menyatakan apa-apa syarat tentang perhubungan sesama pelakon namun mereka perlu mengelakkan diri daripada mencetus kontroversi.

Kami tak ada letak apa-apa syarat. Tapi perkara ini adalah terletak kepada diri sendiri, kalau bertepuk sebelah tangan tak berbunyi.

Kalau kami letakkan syarat, tapi mereka tetap melakukannya, maka akan berlaku juga.

Ini pun periuk nasi orang juga. Jadi kami akan mengambil tindakan untuk merehatkan dahulu mereka jika ada masalah berlaku.

Zetty berkata demikian semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Anjuran Global Station Sdn Bhd yang berlangsung di Kemensah Heights, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MENARIK:  Shukri Yahaya Mengambil Iktibar dari Kontroversi Drama 'Layang-Layang Perkahwinan', Lebih Berhati-Hati

Disoal tentang tawaran lakonan kepada Aliff Aziz dan Ruhainies, Zetty memaklumkan pihaknya belum ada sebarang perancangan ke arah itu.

Setakat ini mereka tidak pernah menjalinkan kerjasama dengan kami dan kami pun belum lagi nak ambil mereka berlakon.

Jika dilihat, kami akan menggunakan artis yang sama, maknanya mereka tidak mempunyai masalah.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular