Guru Zack Kirana Beri Sir Ghaz 3 Hari Untuk Minta Maaf atas Difitnah dengan Ilmu ‘Sesat’ kepada Pelajar SPM

Shopee Sale


Pempengaruh media sosial yang juga merupakan guru selebriti iaitu Cikgu Zack Kirana memberi masa selama tiga hari kepada dua individu yang telah mengaitkan namanya dalam satu video baru-baru ini agar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Gesa permohonan maaf

Cikgu Zack Kirana atau nama sebenar Saliza Ibrahim menjelaskan bahawa dia telah membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya difitnah dan dikecam oleh individu yang dikenali sebagai Sir Ghaz dan seorang lagi individu iaitu guru beliau.

Menerusi penjelasan tersebut. Cikgu Zack turut berkongsi beberapa potongan video Sir Ghaz yang didakwa berbaur fitnah malah menjatuhkan imejnya sebagai seorang pendidik. Antara isu yang diulaskan Sir Ghaz yang merujuk daripada satu hantaran oleh gurunya adalah berkaitan ‘eye contact’ pelajar dengan pentakfsir ketika melakukan ujian lisan.

Individu terbabit mendakwa para pelajarnya tidak melakukan ‘eye contact’ disebabkan ‘ajaran’ Cikgu Zack.

‘Itu hanyalah panduan untuk kurangkan debaran..’

Dalam kesempatan itu, Cikgu Zack tampil menjelaskan bahawa tuduhan tersebut sama sekali tidak benar. Malah Cikgu Zack turut berkongsi semula potongan video di mana dia pernah memberi tips kepada para pelajar ketika melakukan ujian lisan dan dalam perkongsian tersebut, dia tidak menyarankan pelajar untuk tidak melakukan eye contact dengan pentaksir.

Jika kerap melakukan eye contact akan membuatkan pelajar gementar, jangan lah tengok terus ke dalam mata. Tengok lah kening atau bahagian dahi. Sesekali boleh tengok ke bahagian udara dan tengok semula pentaksir. Itu hanyalah panduan untuk kurangkan debaran. Nak bagi pelajar rasa selesa.

Selain itu, terdapat lagi beberapa isu yang dipertikaikan oleh Sir Ghaz yang didakwa bertentangan dengan apa yang pernah disampaikan oleh Cikgu Zack. Susulan daripada itu, Cikgu Zack menggesa kedua-dua individu terbabit tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kerana perkongsian mereka di media sosial adalah berbaur fitnah dan mengundang kebencian serta keraguan orang ramai terhadap kredibiliti Cikgu Zack sebagai seorang pendidik.

Status itu sangat biadap dan fitnah yang ditujukan kepada saya untuk mencalarkan reputasi saya.

Bagi saya, jika kita ni benar jiwa pendidik, kalau saya salah mengajar, DM saya beritahu. Bukan mengecam saya secara terbuka dan memfitnah saya. Ini bukan satu budaya yang baik.

Video

MENARIK:  Keadaan Terkini Komposer Terkenal, Ross Ariffin Menyentuh Hati Netizen
" data-video-id="7336094446523518209">
@zackkirana27 Saya menuntut PERMOHONAN MAAF secara TERBUKA daripada @SIR GHAZ dan guru beliau yang memuat naik status berbaur fitnah dan mengundang kebencian serta keraguan orang ramai terhadap kredibiliti saya. Masa yang diberi hanyalah TIGA HARI SAHAJA! Pastikan anda sebut dan tag nama saya dalam hantaran permohonan maaf. #zackkirana #saman #cikguzackkirana #fyp #fyp? #foryoupage ? original sound – zack kirana

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular