Hafiz Hamidun & Halim Yazid Bersama Di Konsert Zikir Dikir, Berjumpa Peminat Terengganu Pada 3 Mei

Shopee Sale


Hafiz Hamidun bersama Halim Yazid bakal bergabung menerusi Konsert Zikir Dikir yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, pada 3 Mei 2024.

Konsert Zikir Dikir

Konsert Zikir Dikir yang dianjurkan oleh Arteffects Sdn.Bhd membawa konsep gabungan irama kerohanian dan kebudayaan.

Selain Hafiz Hamidun dan Halim Yazid iaitu ikon Dikir Barat tersohor, turut menyemarakkan persembahan Konsert Zikir Dikir adalah penyanyi terkemuka, Aiman Sidek dan Halim Ahmad. Persembahan pada malam itu juga bakal diiringi oleh pemuzik tersohor tanah air serta muzik Dikir Barat yang asli.

Di samping menggabungkan dua konsep persembahan iaitu Zikir dan Dikir Barat, para penonton juga bakal menyaksikan Hafiz Hamidun dan Halim Yazid berganding di dalam sebuah lagu khas, iaitu Zikir Dikir. Lagu ini bakal dirakamkan pada penghujung Februari ini dan para peminat boleh mula mendengarkan single terbaharu ini selewat- lewatnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Pihak penganjur telah mengumumkan bahawa jualan tiket untuk Konsert Zikir Dikir telah dijual bermula 21 Februari melalui laman sesawang http://www.zikirdikir.com. Dapatkan diskaun 10% sehingga 1 Mac (Masukkan kod ZD10). Informasi lanjut mengenai penjualan tiket Konsert Zikir Dikir akan diberikan dari masa ke masa melalui media sosial.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Siapa Nak Kahwin Dengan Saya? Hantaran Saya RM10 Juta’ – Leona

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular