‘Hampa Nak Masuk Syurga Ke Tak?’ – Netizen Terhibur Tengok Lan Pet Pet ‘Paksa’ Pengunjung Beri Derma Di Bazar Ramadan

Shopee Sale


 

Sebut sahaja nama pelawak Lan Pet Pet, sudah pasti ramai yang mengenali perangai dan sifatnya yang suka berjenaka bersama orang awam tak kira di mana jua dia berada.

‘Paksa’ orang beri derma

Terbaharu, tular satu video memaparkan Lan yang sedang berada di sebuah bazar ramadan merangkul tangan seorang individu yang dipercayai merupakan pelajar tahfiz.

Menerusi video tersebut, Lan dilihat turut membawa tabung derma sambil membawanya kepada beberapa pengunjung ke bazar ramadan berkenaan.

Apa yang melucukan ialah, pemilik nama Mazlan Ahmad ini meminta derma dengan cara ‘memaksa’ beberapa individu untuk memasukkan wang sebanyak RM25 ke dalam tabung derma tersebut.

Hang jangan nak record video, masuk RM25 dalam tabung ini.

Mai buh (masukkan) duit, hampa nak masuk syurga ka dak?

Hantaran video tersebut kemudiannya menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah lucu dan bersahaja yang ditunjukkan Lan bersama orang awam di bazar berkenaan.

MENARIK:  Watie Hanifiah Teruja Sambut Lebaran Kali Pertama Sebagai Isteri & Ibu – ‘Paling Saya Excited Adalah Salam Di Pagi Raya’

Komen netizen

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular