‘Harapkan Bulan & Bintang Tapi Yang Kami Dapat Hanyalah Pagar Makan Padi’ – Kugiran Masdo

Shopee Sale


Hampir 10 tahun menempa nama di dalam industri, perjalanan seni Kugiran Masdo ada perih jerihnya.

Suka duka anak seni

bayaran masdo

Ketika ditemui , vokalis Masdo iaitu Ali Sariah berkata, pada awalnya mereka berasa gusar dengan penerimaan pendengar berikutan mempertaruhkan muzik klasik era 1960-an.

Bagaimanapun, dengan sokongan sahabat, Kugiran Masdo hari ini sudah berjaya menempa nama dalam industri seni tempatan.

Pada mulanya orang susah nak percaya kita dan karya kita sebab bila buat band bukan karya sahaja kita kena fikir, pasal imej band juga penting.

Tapi sokongan daripada kawan-kawan itu yang buat kita kuat.

Dalam pada itu, Ali mendedahkan bahawa mereka juga pernah ditipu beberapa kali namun memilih untuk tidak berkongsi tentang perkara berkenaan selain mengambil iktibar daripadanya.

Kami ada turun naik juga perjalanannya, kalau nak bercakap mengenai kena tipu itu banyak, sampai sekarang kami kena tipu.

Contohnya, kami pernah ke Indonesia, mengharapkan bulan dan bintang tapi apa yang kami dapat hanyalah pagar makan padi, banyak perkara yang kami alami tetapi kami memilih untuk tak beritahu orang ramai. Cuma kami belajar di mana kami perlu betulkan.

Masdo berkata demikian semasa ditemui pada sidang media Konsert Rock Nostalgia yang berlangsung di Cornerstone IPC, Kuala Lumpur pada Isnin.

Sementara itu, sempena sedekad penubuhan band, Kugiran Masdo memaklumkan mereka dalam perancangan untuk menghasilkan album dan bakal mengadakan konsert pada tahun hadapan.

Dalam perjalanan ke 10 tahun ini kami rancang untuk hasilkan album yang ada 10 lagu.

Untuk album ini kami gunakan metod baru iaitu kami ‘brainstorm’ bersama untuk hasilkan lagu, jadi nantikan lah.

Untuk info, Kugiran Masdo yang terdiri daripada Ali Sariah, Putuceri (bass) dan Asmawi (gitar) menjadi antara fenomena di negara ini menerusi lagu-lagu hits mereka iaitu Dinda, Teruna Dara, dan Janji Manis. Bukan itu sahaja, mereka juga popular dan sudah melebarkan sayap di Indonesia.

MENARIK:  Izzue Islam Bina ‘Chemistry’ Dengan Pelakon Gandingan Masa Makan Di Lokasi Penggambaran

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular