Pelakon meningkat naik, Harissa Adlyn mencuri perhatian apabila membuat penampilan menari di episod terbaharu I Can See Your Voice Malaysia (ICYVMY) musim ketujuh.
Berlatih menari waktu ‘shooting’
Menerusi perkongsian di TikTok, Harissa memuat naik video dirinya bersama beberapa orang penari latar yang sedang menari sambil berlatarbelakangkan lagu nyanyian MimiFly yang bertajuk ‘Superfly’.
Menurut pelakon berusia 21 tahun itu, agak mencabar buat dirinya untuk membawakan tarian tersebut memandangkan dirinya hanya berlatih dengan menonton video sewaktu sedang menjalani sesi penggambaran sebuah drama.
Saya belajar koreografi untuk tarian ini melalui video sewaktu sedang mengikut penggambaran sebuah drama.
Sungguhpun begitu, dapat dilihat Harissa tidak kekok dan berjaya melakukan gerakan tarian dengan bagus.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat kebolehan Harissa dan melabelnya sebagai seorang artis yang ‘multi-talented’ kerana kebolehannya dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian.