Hasif Upin Kongsi Pengalaman Berdepan Gempa Bumi Ketika ‘Shooting’ Di Indonesia – ‘Saya Dapat Rasakan Katil Bergoyang’

Shopee Sale


Penyanyi yang sedang meningkat naik, Hasif Upin berkongsi detik cemas yang dialaminya sewaktu menjalani sesi penggambaran di Jogjakarta, Indonesia bagi filem pertama lakonannya yang berjudul ‘Paku Tanah Jawa’ sekitar setahun lalu.

‘Risau mati di Indonesia’

Ketika ditemui , Hasif atau nama sebenarnya Muhamad Hasif Sharaudin berkata, kejadian yang menakutkan itu membuatkannya trauma sehinggakan gagal untuk melontarkan dialog dengan baik semasa sesi penggambaran.

Kalau ada yang perasan, dialog yang saya lontarkan dalam filem ini agak kurang jelas kedengaran. Sebab masa itu saya baru lepas alami pengalaman gempa bumi lebih dari 5 skala Richter.

Waktu itu saya tengah tidur dan kedengaran orang kampung di chalet tempat saya menginap itu menjerit Allahuakbar.

Ketika itu juga saya rasa nak menangis, anxiety dan menggigil maklumlah pertama kali kena gempa bumi. Di Malaysia memang tak pernah kena begini.

Jadi bila nak shooting sahaja, saya jadi takut kalau-kalau ada ada gempa susulan. Penggambaran itu dibuat pada Jun tahun lalu sebelum MK K-Clique (yang turut berlakon dalam filem tersebut) berkahwin.

Hasif berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala tayangan perdana filem ‘Paku Tanah Jawa’ yang diadakan di DADI Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Rabu.

Berkongsi mengenai kejadian, pelantun lagu ‘Waktu’ ini memaklumkan bahawa gegaran yang dirasakan itu turut membuatkan katil yang kuat dan utuh bergoyang dan bergerak.

Menurut Hasif dia hanya membayangkan kematian sahaja sewaktu bencana alam itu berlaku.

Kejadian itu agak lama dan saya dapat rasakan katil saya bergerak dan bergoyang.

Saya terfikir kalaulah saya mati, mesti kena kebumi di Indonesia.

Kejadian itu berlaku pada tengah malam ketika saya sedang tidur. Orang semua dah keluar dan tiada siapa kejutkan saya.

Filem Paku Tanah Jawa

Filem ‘Paku Tanah Jawa’ terbitan Armani Entertainment Group ini merupakan filem gabungan antara dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia yang mendapat sentuhan daripada pengarah Bambang Drias.

MENARIK:  Riezman Khuzaimi Pernah Terima Tawaran Berlakon RM150 Sehari – ‘Saya Rasa Itu Seperti Satu Penghinaan’

Filem ini dibintangi barisan pelakon popular Indonesia seperti Masayu Anastasia, Gisellma Firmansyah dan Wafda Saifan Lubis.

Lebih menarik, filem ini turut menampilkan selebriti Malaysia iaitu MK K-Clique, Hasif Upin sebagai penampilan istimewa.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 27 Jun ini.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular