Hati Khai Bahar ‘Kosong’, Nafi Ligat Berparti Di Kelab Malam

Shopee Sale


Penyanyi Khai Bahar tampil membuka mulut mengenai dakwaan dirinya semakin liar dan suka ‘berparti’ seperti yang dikatakan oleh netizen di media sosial.

Pergi karaoke sahaja

Menerusi temu bual bersama Khai Bahar berkata, dia sudah lama tidak menghadiri sebarang parti seperti yang dimaksudkan sejak kehilangan ibu tercinta.

Saya tak kata saya seorang yang baik. Saya tak ambil kisah apa benda yang kawan-kawan saya nak buat. Saya jumpa mereka pun untuk sambut hari jadi dan makan-makan sahaja. Itupun saya kurang berjumpa dengan mereka apabila mak saya sakit sekitar awal 2022.

Pada masa itu juga saya berhenti secara agresif lepak dengan mereka sebab hormat emak kurang sihat. Kadang-kadang kami lepak pergi karaoke sahaja. Padahal karaoke itu biasalah tutup lampu macam bilik vip pasti dihidangkan snek, air berkarbonat dan sebagainya. Saya rasa benda itu sekadar nak hiburkan diri sendiri sebelum mak saya sakit.

Lepas emak sakit, saya terus berhenti pergi karaoke dan lepak. Fokus utama saya kepada mak. Saya tak pergi sana sini. Sebab benda itu melalaikan saya untuk melupakan mak saya.

Tambah pelantun suara ‘Luluh’ ini lagi, dia pernah mengajak kawan-kawannya untuk datang ke rumah bagi sesi karaoke.

Saya bagitahu mereka kalau nak jumpa atau karaoke datang ke rumah, kita boleh lepak rumah. Biljk saya besar dan ada kelengkapan. Rumah saya ada keluarga iaitu abang, adik dan kakak saya.

Oleh sebab itu, dia menafikan segala dakwaan yang tersebar berikutan parti liar itu.

Karaoke sahaja dakwaan parti itu tidak benar. Pandangan orang tengok karaoke itu lain-lain. Bilik murah lain, mahal lain. Perkara ini dah dua tiga tahu lepas timbul.

Sekarang saya memang tiada hati langsung, kosong dan fikir arwah mak saya. Saya rasa semua benda macam ‘stuck’.

Anak kelahiran Perlis ini turut mengakui bahawa dakwaan yang wujud itu mungkin disebabkan salah faham antara segelintir pihak.

Disoal pula mengapa jarang memuat naik foto bersama kawan-kawan yang didakwa suka kaum sejenis, Khai secara ringkas menjawab, kawan-kawanya itu masih wujud dan mereka masih berkawan baik.

Bila dah timbul isu gambar sebelum ini, kawan-kawan saya faham keadaan saya sebagai seorang penyanyi. Mereka tak nak lagi timbul isu sedemikian yang sensitif.

Mereka faham saya kena senyum ketika kerja, saya tak nak tunjuk sedih. Saya kena kuat. Balik rumah saya seorang yang paling lemah. Saya takkan tunjuk dekat adik beradik sebab tak nak semua orang bersedih. Biar saya luah bersedirian di dalam bilik.

Ditanya pula mengenai pandangan keluarga mengenai isu yang lalu, Khai memberitahu keluarganya tidak pernah mengajukan apa-apa soalan.

Mereka tak tanya sebab mereka dah kenal saya dari kecil macam mana. Mereka nak tanya pun ada batas.

Khai yang ditemui pada Media Gathering di Damansara, hari ini turut memaklumkan dia tidak kisah dengan gosip yang melanda dirinya.

Ikut suka asalkan orang buat fitnah itu puas hati sampai dia penat dia akan berhenti. Nak berlawan balik pun tiada faedah. Siasat la sampai dapat, saya tak buat apa pun.

MENARIK:  ‘Tak Masuk Akal Tawar Harga Rendah Pada Pelakon Berpengalaman’ – Datuk Rahim Razali

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular