‘Hilang RM30K Atau RM300K Tak Ada Erti Nak Dibanding Dengan Nyawa’ – Ryzal Ibrahim

Shopee Sale


Semalam, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha nekad membatalkan kontrak dengan beberapa jenama pro Israel berikutan gerakan #Blockout2024 yang dilakukan oleh netizen di media sosial.

Terbaru, personaliti media sosial iaitu Ryzal Ibrahim turut mengambil langkah yang sama.

Tak kisah hilang wang

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Ryzal memberitahu dia sudah menolak tawaran daripada beberapa jenama besar sejak bulan lalu.

Ini adalah tawaran yang kami tolak bulan lepas, kami pun menolak mana-mana jenama yang bersangkut-paut dengan Israel.

Kontrak terakhir yang kami tandatangani dengan produk pro-Israel akan dihentikan.

Tambah suami kepada Maryam Durian Kimchi ini lagi, dia tidak kisah kehilangan wang asalkan tidak mempromosikan produk pro Israel.

Hilang RM30K atau RM300K tak ada erti nak dibandingkan dengan hilang nyawa di Gaza. Walaupun tak dapat lawan kekejaman Israel, sekurangnya kami tidak mempromosikan produk mereka.

Tiada guna kami bangun awal pagi setiap subuh untuk mendoakan penduduk Palestin tetapi masih menerima wang dari perniagaan yang bersangkut dengan Israel.

Terdahulu, Ryzal dan Maryam antara yang tersenarai dalam kempen Blockout2024.

MENARIK:  ‘Saya Percaya Dia Paling Layak Untuk Jaga Anak-Anak Berbanding Safee’ – Kakak Safee Sali

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular