HONOR Mengenalkan Teknologi Penjejakan Mata Berkuasa AI untuk Menggerakkan dan Menghidupkan Kereta dengan Pandangan!

Shopee Sale


Sempena pelancaran global Siri HONOR Magic 6 di Mobile World Congress (MWC) 2024, HONOR bakal memperkenalkan Ciri Penjejakan Mata dengan kecerdasan buatan (AI) kepada dunia.

Melalui Ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI ini, pemandu boleh mengalihkan kenderaan mereka hanya dengan menggunakan pandangan pada skrin HONOR Magic6 Pro tanpa sentuhan fizikal atau arahan suara. Canggih betul kan?

Hasil kerjasama dengan jurutera automotif terkenal dunia!

Kalau korang nak tahu, HONOR telah bekerjasama dengan jurutera automotif terkenal dunia, Profesor James Brighton untuk membangunkan Ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI ini.

Walaupun masih dalam eksperimen, Ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI ini dapat menghidupkan dan mematikan enjin kereta, selain menggerakkan kereta ke hadapan dan mengundur.

Kawalan jarak jauh! Hanya lihat ikon pada skrin!

Video diatas jelas menunjukkan kawalan Ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI pada HONOR Magic6 Pro! Hebatkan?

Enjin kereta dapat dihidupkan, dimatikan dan kereta juga boleh bergerak kehadapan dan kebelakang tanpa sebarang masalah walaupun kawalan Ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI digunakan daripada jarak jauh.

Semua ini dilakukan dengan hanya melihat pada ikon tertentu yang tertera pada skrin HONOR Magic6 Pro.

Bagi korang yang belum tahu, HONOR Magic6 Pro dilengkapi dengan penderia hadapan yang dapat mengesan pergerakan mata dan mengecam ikon yang sedang  dilihat oleh penggunanya.

MENARIK:  Video Wanita Diklaim Ditolak Kekasih Dari Bangunan Sampai Mati Mendapat Sorotan Luas

Peranti ini juga dikuasakan dengan sistem AI khusus untuk mengawal kenderaan korang.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama menyaksikan pelancaran global Siri HONOR Magic6 pada 25 Februari 2024, pada 8.30 malam di

Banyak maklumat berkaitan Ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI pada HONOR Magic6 Pro boleh korang dapatkan disana.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular