Ibu Bapa Campurkan Syabu dalam Susu Bayi 4 Bulan

Shopee Sale


Sepasang suami isteri yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah telah ditahan polis selepas tersilap membancuh susu bayi mereka menggunakan cecair dadah syabu dalam satu kejadian di flat Taman Medan, Petaling Jaya pada 19 Februari lalu.

Bancuh susu anak dengan syabu

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail, kecuaian kedua-dua individu tersebut hampir meragut nyawa bayi lelaki itu yang berusia empat bulan.

Difahamkan, pada hari kejadian, pasangan suami isteri terbabit menghantar mangsa kepada nenek, 55, yang tinggal di Seri Kembangan.

Semasa dalam jagaan neneknya, mangsa tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal. Wanita itu kemudian bertanyakan punca tingkah laku pelik bayi itu kepada ibu mangsa.

Ketika itu, ibu mangsa berusia 34 tahun mengaku tersilap membancuh susu bayi berkenaan menggunakan air syabu milik suaminya berusia 40 tahun

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan lanjut sebelum perkara itu diadukan oleh pihak hospital kepada pihak polis, pada 20 Februari lalu. Mangsa kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah.

Semakan dilakukan juga mendapati suspek lelaki yang bekerja sebagai penjual air balang mempunyai rekod berkaitan kes dadah.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

MENARIK:  Ramona Berkongsi Gambar Shakilla Khoriri Berbaju Pengantin, Sudah Menikahkah?

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular