Ibu Kandung Musa Mengaku Tidak Dibayar

Shopee Sale


Mizz Nina

Ibu kandung kepada Musa yang mahu dikenali sebagai Athira menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dia dibayar oleh Mizz Nina untuk mengeluarkan kenyataan berhubung hak penjagaan kanak-kanak itu.

‘Tak dibayar’

Mizz Nina

Tegas Athira, tiada unsur rasuah yang berlaku sebaliknya dia hanya mahu menyatakan kebenaran mengenai kemelut yang berlaku.

Selepas kekeliruan yang berlaku, Athira turut memohon Noh untuk tampil berkata perkara yang betul dan menjernihkan keadaan.

Tidak, saya tidak dibayar. Saya hanya mahu dia (Noh) beritahu perkara yang betul, dari apa yang dia rancang sampai apa yang berlaku.

Saya juga sudah membuat laporan polis pada Januari lalu bagi tujuan keselamatan.

Pada Selasa lalu, Noh mendakwa bekas isterinya, Mizz Nina bukanlah satu-satunya penjaga yang sah ke atas anak angkat mereka, Musa.

Noh atau nama sebenarnya Muhammad Noh Salleh berkata ibu kandung Musa juga sudah membenarkan dia untuk menjaganya menerusi akuan berkanun yang Athira sendiri serahkan kepadanya.

Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar Musa tanpa sebarang kebenaran dan pengetahuannya. Menurut Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dirinya dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Nina ke luar negara atas urusan kerja.

MENARIK:  [VIDEO] Rumah Tangga Retak Menanti Belah, Adakah Boleh Dedah Aib Suami Atau Isteri? Ustaz Azhar Idrus Beri Penerangan

Walau bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan adanya unsur penculikan. Malah, Noh mendakwa sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

Noh kemudiannya tampil memuat naik video di Instagram selepas dituntut oleh Athira untuk menarik balik kenyataannya, buat permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa di media sosial dalam tempoh 24 jam.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular