Ibu Mengaku Menyekat Anak Usia 2 Tahun Dalam Sangkar Anjing Demi Disiplin

Shopee Sale


Seorang ibu muda yang baru sahaja berusia 17 tahun tergamak melakukan penderaan dengan mengurung anaknya yang berusia dua tahun di dalam sangkar anjing.

Nak disiplinkan anak

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan portal Thaiger, pihak polis kemudiannya tampil melakukan siasatan terhadap remaja berkenaan selepas mendapat laporan berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Plutaluang, Sattahip, Thailand itu terbongkar apabila perbuatan remaja berkenaan berjaya dirakam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Si ibu bagaimanapun mendakwa tujuan dirinya mengurung anaknya adalah kerana mahu mendidik serta mendisiplinkan kanak-kanak tersebut yang disifatkan sebagai seorang yang sangat nakal.

Sementara itu, hasil pemeriksaan dan siasatan yang dibuat mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal berlaku kepada kanak-kanak tersebut.

Malah, kanak-kanak tersebut didapati kerap bermain dengan anjing berkenaan dan kadangkala memasuki sangkar anjing tersebut secara sukarela.

Si ibu bagaimanapun mendakwa tujuan dirinya mengurung anaknya adalah kerana mahu mendidik serta mendisiplinkan kanak-kanak tersebut yang disifatkan sebagai seorang yang sangat nakal.

Kini, kanak-kanak tersebut diletakkan di bawah jagaan Pusat Perlindungan Kanak-Kanak dan Keluarga yang terletak Chon Buri bagi tujuan penilaian psikologi.

MENARIK:  Natasha ‘Upload’ Mesej WhatsApp, Bukti Andika Main Kayu Tiga? – ‘Suami Perempuan Tu Pun Tak Menafikan Kecurangan Tersebut’

Manakala remaja yang berusia 17 tahun tersebut kini ditahan bagi membantu siasatan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular