Ibu Scha Alyahya Meninggal Dunia

Shopee Sale


Ibu kepada pelakon dan pengacara terkenal, Scha Al-Yahya iaitu Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu.

Al-Fatihah

Berita mengenai pemergian ibunda tercinta Scha itu dikongsikan sendiri suaminya iaitu Awal Ashaari menerusi Instagram Story (IG Story).

Difahamkan, Allahyarhamah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dengan dukacita memaklumkan ibu mentua saya, Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.40 pagi tadi di Hospital Pantai akibat serangan jantung.

Jenazah telah dikafan dan akan disolatkan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala.

Tambah Awal, jenazah ibu mentuanya akan dikebumikan selepas waktu Asar.

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 sejurus selepas Asar.

Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakan dia, dan ampunilah dosa dan kesalahannya.

Sekadar info, Scha merupakan pengacara bersama Datuk AC Mizal bagi anugerah berprestij Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM 33) yang bakal bersiaran secara langsung pada malam ini.

MENARIK:  ‘Nak Selesai Cara Adil & Saksama’ – Izreen Azminda Beri Penjelasan Teruskan Kes Saman Terhadap Intan Saleh

IG Story Awal

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular