Ibu Tergamak Kelar Leher Anak, Siap Hantar Gambar Pada Suami Menerusi WhatsApp

Shopee Sale


Gambar sekadar hiasan

Seorang ibu tergamak mengelar leher anak lelakinya sendiri sehingga maut dalam satu kejadian di kawasan perumahan dekat Pasir Gudang, Johor pada tengahari Sabtu.

Siap hantar gambar pada suami

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, wanita itu bukan sahaja tergamak mengelar leher anaknya bahkan turut menghantar gambar mangsa yang berlumuran dengan darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, pihak mereka berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek yang berusia 32 tahun selepas mendapat laporan mengenai kejadian pada kira-kira jam 1.30 tengahari Sabtu.

Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

Permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini.

Tambah Kumar, motif serta punca kematian mangsa masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Mayat mangsa telah pun dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi proses bedah siasat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MENARIK:  Insomniacks Menemani Peminat Dengan ‘Teman’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular