Selepas membuat pendedahan mengenai keretakan rumah tangganya, pempengaruh Jofliam sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi gambar bersama seorang wanita.
‘Ini adalah gambar biasa bagi saya’
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story, memaparkan satu swafoto Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar, 36, bersama seorang staf wanitanya.
Wanita tersebut yang berstatus isteri orang itu merupakan individu yang dituduh menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Jofliam dan isteri, Cik Epal.
Menjelaskan mengenai gambar tersebut, Jofliam menyifatakan bahawa swafoto yang dikongsikan itu adalah gambar biasa baginya dan tiada yang istimewa.
Ini adalah gambar biasa bagi saya. Gambar ini juga dipersetujui oleh saya sebelum dikongsikan. Sama je selfie dengan staf-staf saya pada trip sebelum ni buat kenangan.
Bang satu gambar jom, tak akan saya kata tak boleh? Tangkap je lah.
Walau bagaimanapun, hantaran Jofliam di Instagram itu telah menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya kurang senang dengan penjelasan tersebut. Mereka menyifatkan tindakan Jofliam itu sama sekali tidak menjaga hati isterinya.
Macam angau pun ye juga
Boleh je nak kata ‘tak boleh’
Ye lah, jaga hati orang lain lagi penting daripada hati isteri sendiri
Tengah angau memang macam tu, lupa terus isteri yang bersusah payah sama-sama dulu.
Difahamkan, Jofliam yang terkenal dengan Pizza Wagyu kini berada di Milan, Itali untuk menyertai pertandingan Top 100 Pizza.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan Cik Epal malah pelbagai spekulasi mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.