Iqbal Zulkefli Bakal Sambung Belajar Di Mesir Dalam Bidang Syariah Islam, Risau Tinggalkan Anak Lama

Shopee Sale


Iqbal Zulkefli

Selebriti media sosial dan penyanyi, Iqbal Zulkefli memaklumkan dia akan melanjutkan pengajian dalam bidang Syariah Islam dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sambung belajar di Mesir

Iqbal Zulkefli

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal berkata dia sebelum ini pernah menolak tawaran tersebut kerana memilih untuk melanjutkan pengajian di sebuah institusi tempatan.

Saya akan ke Mesir untuk meneruskan pendidikan dalam bidang asal, Syariah Islamiyah dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar. Di tempat yang sama ibu dan ayah saya belajar.

Dulu saya menolak tawaran ini kerana memilih untuk belajar di ASWARA dalam bidang Penulisan Kreatif.

Semakin lama saya rindu kembali untuk duduk di dalam kelas dan memperbaiki ilmu-ilmu asas yang sekian lama saya tinggalkan.

Bagaimanapun kata Iqbal, timbul satu perkara yang bermain di fikirannya apabila dia terpaksa meninggalkan anaknya iaitu Ziyad untuk tempoh masa yang lama.

Dalam masa sama, dia turut meminta orang ramai mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Ada satu hal paling berat bermain di fikiran saya sekarang adalah, Ziyad. Sejak Ziyad lahir, tidak pernah saya tinggalkan lebih dari tiga hari. Tolong doakan saya.

MENARIK:  Isteri Along Cham Buat Solat Tahajud, Syukur Dapat Petunjuk Allah SWT – ‘Kebenaran Akan Terungkap Sendiri’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular