Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) memberikan penjelasan mengenai hukum seorang isteri yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain semasa dalam tempoh idah.
Haram hukumnya…
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), UAI menjelaskan bahawa haram hukumnya bagi seseorang isteri itu berbuat demikian ketika masih dalam tempoh idah.
Jelas UAI, seseorang wanita itu masih berstatus isteri orang dan boleh kembali rujuk dengan suaminya meskipun dalam tempoh idah.
Haram isteri yang masih dalam idah berkenalan atau bercinta dengan lelaki lain kerana dia masih dalam hukum isteri orang.
Terdahulu, pempengaruh dan usahawan Jofliam mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran meminta bekas isterinya Cik Epal untuk menjaga maruah sepanjang berada di dalam tempoh idah.
Jofliam juga menasihati orang ramai untuk menghormati wanita yang dalam tempoh idah dengan cara tidak ‘mengkenenkan’ mereka dengan mana-mana lelaki lain.