Isteri Kongsi Video Azlan Komeng Dah Boleh Berdiri – ‘Dia Berlagak Dengan Bini, Jalan Tak Nak Pegang Dah Sekarang’

Shopee Sale


Isteri kepada pelakon, Azlan Komen iaitu Nur Nilam Ortiz berkongsi keadaan terkini suaminya menerusi hantaran di TikTok.

Dah boleh berdiri & berjalan

" data-video-id="7449687869809102087">
@puan_nilamortizUsaha tak akan mengkhianti hasil, trust the proses? original sound – puan nilam ortiz

Menerusi perkongsian tersebut, Nilam berkongsi momen dirinya yang ‘terkandas’ di sebuah pasaraya bersama Azlan dan anaknya selepas kunci kereta mereka kehabisan bateri.

Dapat dilihat, Azlan yang sudah boleh berdiri dengan bantuan tongkat sedang bermain bersama anaknya di belakang Nilam.

Nampak tak itu dia dah boleh berjalan.

Itu dia dah boleh mula berdiri, atas kereta pun dia sanggup bermain-main dengan anak.

Bila dia boleh berjalan, dia berlagak dengan bini dia, jalan pun taknak pegang-pegang dah sekarang.

Di akhir perkongsian, Azlan memohon orang ramai untuk mendoakan dirinya agar diberikan kesembuhan buatnya.

Berlari tak boleh lah tapi berdiri dan berjalan perlahan-lahan itu boleh, Alhamdulillah.

Saya rasa ada sinar harapan dan apa yang saya buat sekarang ini adalah melatih diri mudah-mudahan pulih.

Doa-doakan lah ya, perkara ini memang makan masa tapi insya-Allah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Azlan diberikan kesembuhan dan dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa.

MENARIK:  Sila Jangan Tanya Dayang Sakit Jika Benar-Benar Sayang Saya

Terdahulu, Azlan dan Nilam terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Lipis, Pahang pada Oktober lalu.

Menurut Nilam, kenderaan yang dipandu Azlan telah bertembung dengan sebuah van ketika mereka dalam perjalanan ke tapak berniaga.

Kemalangan tersebut memerlukan Azlan menjalani pembedahan pada bahagian tangan kanan dan mengalami kecederaan lain iaitu patah pada bahagian kedua-dua belah kaki dan pinggul.

Komen netizen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular