Isteri Sarat Hamil, Suami Syok ‘Check In’ Dengan Perempuan 11 Tahun Lebih Tua – ‘Dia Kata Nak Jadikan Isteri Kedua’

Shopee Sale


Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita yang sedang sarat hamil mendedahkan suaminya berlaku curang dengan seorang wanita yang 11 tahun lebih berusia.

Isteri sarat hamil, suami check in dengan wanita lain

Sekadar gambar hiasan

Menerusi hantaran yang dikongsikan semula di platform X, wanita yang berusia 24 tahun itu meluahkan rasa buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas mendapat tahu suaminya, 27, menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Dia curang sampai tahap check in hotel.

Menurut wanita ini, dia yang kini sedang hamil 8 bulan sudah cuba memperbaiki hubungannya dengan suami namun sia-sia. Lelaki itu masih berhubungan dengan wanita yang lebih berusia dengannya.

 Saya cuba selamatkan rumah tangga tapi suami tetap nak perempuan umur 38 tahun tu sampai dia cakap nak jadikan perempuan tu isteri kedua dia.

Memikirkan masa depan dirinya dan anak, wanita ini bercadang mahu memfailkan perceraian selepas bayinya itu berusia 3 bulan.

Saya dah tawar hati, dan rancang nak cerai mungkin masa anak usia tiga bulan atau saya dah dapat kerja.

Sementara menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet menasihati wanita ini agar memastikan segala perbelanjaan anak disediakan oleh suami sebelum mereka membuat keputusan untuk berpisah.

Cari kerja selepas bersalin. Pastikan segala perbelanjaan semua suami awak yang tanggung. Tuntut segalanya.

Minta dia buat proses nak kahwin dua tu dekat mahkamah supaya hak kau dan anak-anak terjamin sebelum dia dapat kahwin dua.

Saya yakin wanita 38 tahun tu mesti banyak duit.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Tak Mahu Buat Kerana Duit, Saya Buat Kerana Allah’ – Nasir Bilal Khan

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular