Isteri Usop Selamat Bersalin Anak Kedua – ‘Semuanya Berlaku Secara Mengejut’

Shopee Sale


Penyanyi Usop memberitahu isterinya, Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan zuriat kedua mereka pada hari Selasa yang lalu. Tahniah!

Semua berlaku secara mengejut

Menerusi sebuah posting di Instagram, Usop berkata, isterinya bersalin di sebuah pusat perubatan di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tambah Usop, isterinya bersalin secara normal dan mereka dikurniakan bayi perempuan seberat 3.9 kilogram pada pukul 11.15 malam.

Pelantun suara ‘Gelora’ ini turut memberitahu dia tidak berpeluang menemani isteri tersayang ketika berada di dewan bersalin berikutan perlu menghadiri undangan persembahan.

Kalau ikutkan doktor beritahu bersalin hujung Mei atau awal Jun. Jadi semuanya berlaku secara mengejut. Petang semalam (Rabu) saya ke Sintok kerana terlibat dengan persembahan. Ketika acara di sana berlangsung saya dimaklumkan isteri sudah berada di wad kecemasan.

Memang tak sempat nak balik sebab saya perlu teruskan kerja. Tak kan saya nak tinggalkan acara sebab orang dah bayar. Syukur isteri dan anak kami selamat.

Disoal mengenai momen sebelum menyambut kelahiran anak kedua, Usop berkata, dia sempat keluar makan bersama isteri sebelum bertolak ke Sintok, Kedah.

Sejak awal pagi saya dah ada rasa isteri akan bersalin hari ini (Rabu). Saya sempat bawa dia keluar makan. Macam-macam dia nak makan termasuk pulut durian.

Ketika itu belum nampak sebarang tanda isteri akan bersalin. Mujurlah ada ibu mentua dan abang ipar di rumah yang membawa isteri ke hospital.

Masih ada barang-barang keperluan berpantang dan kelengkapan bayi belum dibeli kerana tidak menjangka isteri akan bersalin awal.

Kelam-kabut juga saya sebab tidak berada di sisi isteri ketika dia bersalin namun dia sangat kuat, dia sempat video call betul-betul selepas bersalin.

Sekadar info, Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2022 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Saif Umar, 2 tahun.

MENARIK:  Sasha Abdul Aziz Kongsi Tips Perkahwinan Bahagia, Wajib Keluar ‘Dating’ Berdua – ‘Kita Perlu Sentiasa Berkomunikasi’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular