Isu Royalti Album Rockology Search: Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Rompak’

Shopee Sale


Search

Polemik yang berlaku membabitkan kumpulan rock lagenda negara iaitu Search yang kini terpecah dua menjadi bertambah rumit lantas semakin samar menemui titik perdamaian.

‘Saya tak halalkan’

Search

Kumpulan Search yang pertama dianggotai Amy, Nasir Daud (bass), Man Kidal (gitar) dan Hillary Ang (gitar), manakala satu lagi kumpulan dianggotai pemain gitar adik-beradik, Noordin dan Kid.

Terbaharu, Amy ketika ditemui meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Noordin dan Kid yang sehingga kini ‘membisu’ mengenai bayaran royalti album Rockology Search: Kid’Din Collection.

Amy mendakwa, dia, Nasir dan Allahyarham Yazit tidak pernah menerima royalti menerusi penjualan album terbabit sehingga kini. Malah, Noordin dan Kid didakwa menjual album itu tanpa persetujuan anggota asal Search.

Saya tak halalkan. Kami juga berhak dapat royalti album Rockology Search: Kid’Din Collection Series yang mereka keluarkan tanpa pengetahuan saya dan Nasir.

Saya nak tanya kepada Noordin dan Kid di mana kami punya royalti album yang anda jual? Itu hak kami termasuk anak dan isteri Allahyarham Yazit. Kau jual album, satu dokumen pun tiada. Kami satu sen pun tak dapat sedangkan kontrak digital yang kami tandatangan, mereka turut dapat bahagiannya.

Banyak benda yang mereka langgar dan tidak menghormati kami sedangkan mereka tahu tindakan itu salah. Paling tidak menyeronokkan lagi apabila mereka ada cakap kepada kawan saya mengenai agihan royalti yang mereka ingin berikan kepada kami mengikut belas kasihan mereka.

Album itu terkandung lagu-lagu yang kami mainkan bersama. Mereka sudah melanggar Akta Hak Cipta dan bagaimana nak bayar royalti kami sedangkan tiada perjanjian membabitkan saya, Nasir dan Allahyarham Yazit.

Amy berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka bersama Search yang diadakan di Villa Zamara, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Rompak hasil peluh bersama

Search

Berkongsi lebih lanjut, Amy turut mendakwa dua adik beradik itu seperti merompak hasil titik peluh yang dihasilkan anggota Search selama berpuluh tahun bertapak dalam industri.

Ketika penularan Covid-19 dulu, mereka ada beritahu hidup dalam kesusahan dan dalam masa sama Nasir cuba dapatkan kontrak digital dan bayaran penjualan barangan cenderahati (merchandise) sehingga setiap seorang berjaya mendapat kira-kira RM50,000.

Tapi untuk royalti album ini tiada sebarang perjanjian dan kami akan berbincang dengan pihak peguam mengenai perkara ini kerana saya rasa ia satu contoh yang tidak baik.

Kalau dulu kita berkempen fasal cetak rompak, tapi hari ini kawan sendiri yang rompak hasil titik peluh bersama. Hari ini saya belum mati lagi, tapi kalau esok sudah tiada takkan anak dan isteri saya nak pergi jumpa dia. Jika anak arwah Yazit pun tak dapat apatah lagi saya.

Sekadar info, produk Rockology Search : Kid’Din Collection Series yang mengandungi 17 barangan istimewa antaranya cakera padat kompilasi lagu berat mula dijual pada 17 November 2021 dengan harga RM299.

MENARIK:  Pelajar Maut Kemalangan Sempat Hadiahkan Kek & Sejadah Sempena Hari Jadi Ibu – ‘Saya Kata Mahal Ini Aqif’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular