Isu Ustazah Asma’ Harun: Filem ‘La Luna’ Beri Gambaran Negatif Terhadap Agama Islam

Shopee Sale


Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kesal dengan penerbitan filem La Luna yang didakwa seolah-olah memperlekehkan agama Islam dan boleh mengundang persepsi buruk masyarakat.

Jangan sampai agama diperlekehkan

Menerusi sebuah posting di Facebook, Ustazah Asma’ berkata, filem tersebut menyelitkan elemen ‘soft porn’ dan bertentangan dengan nilai dan adab Islam.

Buat semua penggiat seni tanah air, sama ada pengarah, penerbit, penulis skrip, pelakon dan lain-lain bebaslah berkarya dengan menjunjung tinggi nilai Islam dan kesopanan budaya tempatan.

Jangan sampai agama sendiri diperlekehkan. Jika benar ada seni yang ingin disampaikan, pastikan ia digambarkan dalam bentuk yang positif dan penuh adab.

Bukannya menzahirkan sisi yang boleh mengundang prasangka buruk dan fahaman yang mengelirukan.

Antara perkara yang disentuh Asma’ mengenai filem tersebut ialah watak Tok Hassan yang digambarkan berperwatakan alim namun memiliki sikap bertentangan.

Selain itu, watak Hani yang membuka kedai pakaian dalam wanita di sebuah kampung dilihat kurang sesuai dengan adab budaya orang Melayu.

Pada masa yang sama, Asma’ berpendapat pihak berwajib perlu memainkan peranan dengan meneliti sensitiviti sesuatu karya sebelum dibenarkan untuk tayangan umum.

Bukan sahaja di pawagam terbuka, malah badan yang diberi tanggungjawab juga perlu menapis sebarang kandungan yang akan disiarkan di platform penstriman.

Dalam isu ini, peranan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) wajib diperkukuhkan dalam memastikan penghasilan filem atau drama mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Begitu juga peranan bahagian penapisan filem dan drama haruslah diperluaskan ke filem yang dimuat naik ke penstriman video dalam talian.

Sekadar info, Filem La Luna adalah filem komedi yang diarahkan oleh M Raihan Halim dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron dan ramai lagi. Filem itu kini berada di carta 10 filem paling ditonton di platform Netflix.

MENARIK:  Ibu Mengaku Menyekat Anak Usia 2 Tahun Dalam Sangkar Anjing Demi Disiplin

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular