Jalaluddin Hassan Shares Acting Experience in English, Netizens Amazed by his Fluency

Shopee Sale


Baru-baru ini tular satu video memaparkan pelakon hebat Datuk Jalaluddin Hassan yang berkongsi pengalamannya sepanjang berkecimpung di dalam industri hiburan kepada seorang pempengaruh berbangsa Inggeris bernama Alexey Brock.

Mula karier lakonan agak lambat

" data-video-id="7337162627518418183">
@alexey.brock ???Datuk Jalaludin Hassan was kind to share part of his interesting story. The famous Malaysian actor that many know never went to any acting school and has learned and struggled all on his own; watching videos on the acting craft and most importantly having the passion that drove him to where Datuk is today. ??A very inspiring interview that shows how starting late or not having the best education sometimes isn’t an excuse when the Dream is there. Terima kasih? #Actor #Malaysian #Interview #Life #Story ? original sound – Alexey.brock

Menerusi video dimuat naik Alexey di TikTok, Jalaluddin mendedahkan pada awalnya dia mahu menjadi seorang penyanyi dan bukanlah seorang pelakon.

Saya sebenarnya mahu jadi seorang penyanyi dan bukanlah seorang pelakon tetapi ada satu perkara yang berjaya mengubah fikiran saya.

Ketika saya berusia 17 tahun, saya rasakan berlakon merupakan kerjaya yang lebih mencabar berbanding menjadi seorang penyanyi.

Ini kerana kita perlu menjadi ‘orang’ lain jadi itu merupakan satu cabaran terbesar buat mana-mana pelakon.

Dalam pada itu, Jalaluddin memaklumkan bahawa dia perlu berdepan dengan pelbagai cabaran sewaktu awal penglibatannya di dalam industri lakonan kerana ketika itu dia sudah pun berada di fasa usia 30-an.

Saya sudah berkecimpung dalam bidang ini hampir 30 tahun tetapi boleh saya katakan bahawa saya memulakan karier lakonan saya agak lambat. Pada ketika itu umur saya sudah menjangkau pertengahan 30-an.

Saya berdepan dengan banyak cabaran serta susah payah untuk meletakkan tempat seperti mana yang saya kecapi ketika ini.

Di akhir video tersebut, pelakon berusia 70 tahun itu sempat menitipkan pesan buat Alexey agar memperbetulkan niat sekiranya mahu menjadi seorang pelakon yang hebat.

Sebagai seorang pelakon, anda kena tahu apa yang anda inginkan dan perbetulkan niat anda. Adakah niat anda sekadar mahu menjadi seorang yang popular?

Sekiranya itu adalah tujuan utama, mungkin saya juga tidak akan kekal lama di dalam industri lakonan ini.

Jadi, perbetulkan niat anda dan berusaha untuk menjadi lebih bagus dalam membantu membangunkan lagi industri hiburan di negara anda.

Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya dan apa yang menarik ialah, netizen begitu terpegun mendengar Jalaluddin berbahasa Inggeris.

MENARIK:  [VIDEO] Mek Yun Berbicara Tentang Tradisi dan Kepercayaan Masyarakat Terkait Gantung Tanglung, Pakaian Merah, 'Pocket Money' dan Angpau

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan Jalaluddin mempunyai aura dan ‘class’nya yang tersendiri sewaktu berkongsi pengalamannya sebagai seorang pelakon kepada Alexey.

Komen netizen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular