Jamal Abdillah Timang Cahaya Mata Ketujuh, Mahu Beri Nama Magdalena Yamani

Shopee Sale


Foto: Berita Harian

yang menimang cahaya mata ketujuhnya pada jam 9.38 pagi tadi.

Tahniah!

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Berita Harian, berita gembira itu dikongsikan sendiri Raja Pop yang berkongsi isterinya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.94 kilogram (kg) menerusi aplikasi WhatsApp.

Alhamdulillah, pembedahan semua sempurna, anak dan isteri kedua-duanya okay.

Sangat bersyukur Allah memberi kami rezeki ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah.

Terdahulu, Jamal dilaporkan mahu memberi nama Magdalena Yamani yang membawa maksud gadis dipuja Nabi Yusof kepada cahaya mata kelima itu.

Sekadar info, Magdalena merupakan cahaya mata kelima hasil perkongsian hidupnya bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29 yang dinikahinya pada 1 April 2017 lalu.

Sebelum Magdalena, Jamal telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 6, El Isaac Yamani, 5, Iskandar Rayyan Yamani, 3, dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2.

Untuk rekod, Jamal juga mempunyai dua lagi anak lelaki iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18 hasil perkahwinan terdahulunya.

MENARIK:  ‘Nak Kata Pulih Sepenuhnya Tidak, Masih Perlu Berhati-Hati’ – Awie

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular