Jamal Abdillah Umum Jantina & Nama Anak Ketujuh Yang Bakal Lahir Januari 2025 – ‘Perempuan, Namanya Magdalena Yamani’

Shopee Sale


Jamal Abdillah

Penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah berkongsi jantina anak kelima yang bakal dilahirkan hasil perkahwinan dengan isteri, Datin Zai Izzati.

Umum jantina, nama

Jamal Abdillah

Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 65, berkata, bayi yang dijangka lahir pada awal Januari tahun 2025 adalah perempuan. Malah, pasangan itu sudah memilih nama untuk bakal cahaya mata mereka.

Insya-Allah, anak perempuan. Jangkaan lahir pada 7 Januari 2025. Semoga dipermudahkan segalanya. Amat-amat bersyukur dengan rezeki ini.

Nama anak kelima ini singkat sahaja iaitu Magdalena Yamani. Tak silap saya nama itu merupakan nama gadi yang dipuja Nabi Yusof.

Jamal berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran minyak wangi Verlune by Datuk Jamal yang berlangsung di sekitar ibu kota, pada Khamis.

Nak 1o anak

Datuk Jamal Abdillah

Dalam pada itu, disoal adakah merancang untuk memiliki zuriat lagi pada masa akan datang, pelantun lagu Azura ini menjawab dia berserah kepada rezeki Allah.

Kalau boleh nak 10 orang anak, apa pun berserah dan bergantung dengan rezeki Allah.

Sementara itu, Izzati berkata, segala persiapan sudah dilakukan dan mengakui teruja menyambut kelahiran anaknya.

Alhamdulillah, semua persiapan sudah siap. Baju dan keperluan dah buat. Sebab dijangka tidak lama lagi.

Dah masuk anak kelima pada saya semuanya semakin mudah, kalau barang lama yang boleh pakai akan diguna semula.

Imbas kembali, Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.

MENARIK:  Gambar Korang Kini Lebih Sempurna Dengan Keupayaan Magic AI Terbaru Pada Siri HONOR 200

Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular