Seperti yang kita tahu, pelakon Sharnaaz Ahmad masih lagi berhubung dan menjaga hubungan baik dengan bekas isterinya, Noor Nabila meskipun sudah bercerai.
‘Tak boleh cemburu dengan Nabila’
Terbaharu, Sharnaaz secara terbuka mendedahkan mana-mana wanita yang mahu berkenalan dengannya berhak berasa cemburu sekiranya dia rapat dan berhubung dengan wanita lain.
Namun, mereka tidak ‘dibenarkan’ untuk berasa cemburu sekiranya dia berhubung dan selalu berjumpa dengan Nabila.
Benda ini saya dah pernah cakap dekat sesiapa pun yang ingin berkawan dengan saya bahawa manusia yang mereka tidak boleh cemburu adalah Nabila.
Itu adalah perkara pertama yang saya akan pesan. Kepada Amelia dan mana-mana GF saya yang sebelum ini pun, itulah pesanan saya kepada mereka.
Perempuan lain kalau diorang nak marah boleh, ikan di laut sekali pun boleh tetapi kalau Nabila mereka tak boleh marah.
Menurut Sharnaaz, meskipun sudah bercerai Nabila tetap ibu kepada anaknya, Jebat Jayden dan dia perlu selalu berhubung dengannya demi menguruskan anak mereka.
Sebab dia adalah ibu kepada anak saya. Jadi, kalau saya selalu berjumpa, bercakap atau bermesej sekalipun dengan Nabila, tak boleh cemburu.
Kalau cemburu dan kalau tak percaya boleh mesej dia sendiri, saya okay ‘no problem’.
Kalau mereka cemburu saya dengan Nabila, bermaksud mereka ada masalah saya menguruskan anak saya.
Setakat ini, Alhamdulillah tak ada lagi yang berani bagitahu saya yang mereka cemburu.
Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017, namun sayang jodoh mereka tidak berpanjangan dan bercerai pada 9 Julai 2020.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Video
View this post on Instagram